? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 20 November 2009

Berehat Sebentar.......

Assalamualaikum semua....
Kat sini ana nak gtau bahawa aktiviti ana di alam IT ini akan tertangguh untuk sementara waktu kerana seperti yang sedia maklum minggu depan and minggu depannya lagi Final Exam ana da start da so kena fokus la..huhu..

Apapun..doakan kejayaan ana moga-moga ianya dapat membantu dalam misi menegakkan Islam pada masa akan datang nanti..insyaALLAH.. nak update blog nanti, insyaALLAH tahun depan..faham-faham je la..CUTI..huhu..apapun, jaga diri and iman antum semua..daaa...

Bad News..huhu

Assalamualaikum..
Ana tujukan khas kepada pembaca setia "Mendamba Tarbiyah", maafkan ana. Ana rasa ana takkan dapat habiskan citer tu dalam masa terdekat ni coz ana kena fokus pada yang lebih penting lagi iaitu FINAL EXAM..

So ana harap antum smua dapat bersabar ye and syukran kerana memahami..apapun semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan redha ALLAH..amiin..afwan..

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP



Islam bukan suatu Deen (peraturan hidup) yang wujud secara kebetulan tetapi adalah satu natijah (hasilan) dari satu Tarbiyyah (pendidikan). Hasil dari perancangan, perencanaan, pembentukan yang disusun dengan rapi dan berhati-hati melalui ransangan-ransangan dan bimbingan yang diransangkan, yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang Islam dalam pemikirannya, aqidahnya, akhlaqnya dan jiwanya dalam segala perbuatan dan tindakannya.

Dengan demikian segala perbuatan dan tindakan berfungsi sebagai ibadah dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Inilah dia pembentukan peribadi untuk melengkapi persediaan penerima Din Islam keseluruhannya.

Islam adalah Deen (peraturan hidup) ciptaan Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. bertanggungjawab ke atas kepentingan Islam dan pengawasannya juga berada dalam genggaman Allah S.W.T.. Oleh demikian mereka yang mengambil Allah S.W.T. sebagai Ilah dan Rabb tidak mempunyai jalan lain, mesti memikul amanah ini iaitu melahirkan Islam dalam bentuk praktik kehidupan manusia, meliputi apa yang berkaitan dengan kehidupan manusia samaada pemikiran sehinggalah pentadbiran bumi Allah S.W.T. mestilah berjalan sesuai dengan kehendak Allah S.W.T..

Jika amanah ini tidak diambil, tentulah ia bermaksud kita memperkecilkan suatu rahmat Allah S.W.T., Pemilik alam ini.

Dengan demikian pada masa yang sama kita menolak Allah S.W.T. sebagai Ilah. Kedudukan Allah S.W.T. sebagai Ilah itu telahpun berpindah kepada yang lain berkemungkinan hawa nafsu atau bentuk yang lain, hasilan daripada pemikiran atau perasaan yang ada pada kita yang didorong oleh syaitan dengan bantuan dari kuncu-kuncunya.

Ramai orang yang berpuas hati dengan mengaku yang mereka telah menganuti Islam, tetapi suatu persoalan yang kita perlu fikirkan ialah apakah telah memadai pengakuan tersebut sahaja? Jawabnya, bila kita menganut Deen Islam adalah tidak cukup dengan pengakuan sahaja tanpa memenuhi tuntutan-tuntutannya.

Sesungguhnya Islam Itu Bukanlah Berbentuk Warisan.

Ramai yang memahami bahawa apabila ibubapa mereka telah Islam maka mereka pun dengan senang menyatakan bahawa mereka telah pun Islam, walaupun tanpa melaksanakan hak-haknya. Al-Quran itu bukanlah suatu warisan daripada Rasulullah S.A.W. tetapi ianya merupakan kitab Allah S.W.T. yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. untuk dijadikan panduan hidup ummat manusia.

Oleh itu memeluk Deen Islam bukanlah suatu hobi dan bukan juga sebagai suatu fesyen. Juga bukan memeluk Deen Islam itu sekadar menunjuk diri secara zahir sahaja, seperti Islam pada pakaiannya atau dengan hanya memeperbanyakkan solah sunnat sahaja. Sesungguhnya apabila kita memeluk Islam, kita mestilah mengambilnya dengan sepenuhnya iaitu dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup kita. Sebagai contoh seorang pembuat kuih, tentulah terdapat peraturan dan panduan yang tertentu. Begitu juga Islam juga mempunyai perincian-perincian yang tertentu sebagai pedoman hidup. Apa sahaja yang dilakukan samada pemikiran, perkataan, perbuatan dan tindakan kita adalah mesti mengikut cara dan ketentuan Islam. Ini termasuklah bagaimana kita mendapat pendidikan dan pemerintahan sebuah negara dan sebagainya. Dalam ertikata lain, semua tingkah laku kita hendaklah tidak terkeluar dari Islam. Umpamanya cara kita berpakaian. Dalam Islam tidak terdapat sebarang fesyen tertentu, tetapi yang ditentukan ialah mesti menutup aurat.

Bila kita memeluk Islam, kita mesti berpegang teguh dengannya. Iaitu sampai ke peringkat yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadith baginda yang bermaksud:

" Kamu mesti berpegang dengan sunnah sehingga sekalipun sampai keakhir zaman wujud dua golongan penyeru. Ada penyeru yang berada diambang pintu neraka dan segolongan lagi ialah penda'wah ke jalan kebaikan." Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya: "Bila terjadi demikian apa yang mesti kami lakukan?" Sabda baginda: "Kamu mestilah berjalan dalam jamaah, kalau tidak ada jamaah kamu gigit sunnahku ini dengan geraham hingga kamu mati. "

Hati yang masih berpegang teguh dengan Islam sekarang ini masih banyak, tetapi terlalu sukar untuk kita mencari orang yang mahu mengambil Islam sebagai suatu cara hidup (way of life). Diumpamakan orang yang menganut dengan Islam kini seperti memegang bara api. Oleh yang demikian hendaklah kita berpegang teguh dengan Islam.

Perkara kedua ialah, kita mesti menyesuaikan diri dengan Islam. Adalah suatu kesilapan bagi orang yang mengambil Islam untuk disesuaikan dengan diri atau kehendaknya. Lantaran itu mereka akan mengambil Islam sebagai tempelan-tempelan sahaja, tidak mengambil Islam sebagai suatu cara hidup yang syamil dan kamil serta mutawazin. Perkara yang terpenting yang mesti kita fahami ialah Islam itu adalah sebagai Deen yang lengkap lagi menyeluruh yang diturunkan dan ditentukan oleh Allah S.W.T.. Kita mestilah menyesuaikan diri kita dengan kehendak Islam dalam semua urusan kehidupan kita. Sesungguhnya Islam itu mencakupi seluruh ruang lingkup aspek kehidupan manusia.

Islam tidak akan lahir semula jika ia tidak berjalan mengikut jalannya yang asal yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. yang ditarbiyyah terus oleh Allah S.W.T.. Kita mesti yakin dan faham bahawa jalan Islam adalah jalan Rabbani yang telah dirancang oleh pencipta Deen itu sendiri. Kita tidak berhak untuk membuat sebarang teguran dan komen terhadap bentuk dan cara (uslub)nya. Kita hanya mempunyai keupayaan untuk mematuhi dan mengikut jalan-jalan yang telah dianjurkan, iaitu mengambil Islam sebagai sistem hidup yang lengkap lagi sempurna dan dalam masa yang sama kita hendaklah mengenepikan sistem-sistem hidup yang lain secara keseluruhannya. Islam tidak mungkin mengisi tempat-tempat yang masih berisi kecuali tempat tersebut dikosongkan.

Sistem Islam menuntut kita supaya menjadi Islam dalam semua aspek kehidupan iaitu:
- Islam dalam aspek 'aqidah,
- Islam dalam aspek ibadah
- Islam dalam tarbiyyah (pendidikan),
- Islam dalam akhlaq,
- Islam dalam rumahtangga dan keluarga,
- Islam dalam kemasyarakatan
- Islam dalam kenegaraan

Wallahu 'alam

Rabu, 18 November 2009

HAKIKAT CINTA RASUL

PENDAHULUAN

Sudah menjadi kewajiban setiap orang untuk mencintai Rasulullah melebihi dari pada cintanya kepada semua makhluk. Buah cinta itu sangatlah agung dan besar yang akan dapat dipetik di dunia dan akhirat, tetapi dalam kenyataannya banyak kita temui kekeliruan dalam memahami cinta kepada Rasulullah dengan pemahaman yang sangat sempit. Maka penjelasan hakikat cinta Rasul secara jelas dan benar merupakan cara terbaik untuk meluruskan kekeliruan sebagian orang muslim dalam membuktikan kecintaannya kepada Rasul.

SIAPAKAH RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada ummat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.
Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegaknya tamadun ketika itu telah hancur.
“Tamadun adalah umpama suatu pohon rendang yang bayang-bayngnya meliputi seluruh dunia; sekarang ia telah terhoyong hayang, dimakan reput hingga ke akar umbinya. Dan di tengah-tengah kerosakan yang sebegitu meluas lahirlah seorang insan yang bakal menyatukan seluruh alam”
Emotion as the Basic of Civilization; oleh J.H Denison

Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas diambang maut, Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkannya dari kegelapan kepada cahaya. Firman Allah SWT;

الر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (إبراهيم: 1).


Rasulullah SAW memecah belenggu-belenggu jahiliyyah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kesengan hidup yang sebenarnya. Firman Allah SWT;

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمْ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ (الأعراف: 157).

“...yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belengu yang ada pada mereka”

Rasulullah SAW didatangkan ketika dunia ini diumpamakan sebuah rumah yang telah dilanda gempa bumi yang dahsyat. Semua yang berada di dalamnya menjadi tunggang langgang, menyebabkan barang-barang berselerakan di sana sini.

Dalam suasana kekusutan ini, manusia lupa akna dirinya. Dia sudah hilang harga diri hinggakan dia tidak segan silu lagi bersujud pada pokok, batu dan air, sujud pada segala kejadian alam yang tidak berkuasa. Kebijaksanaan tidak berguna lagi. Fikirannya menjadi telalu kusut dan aqalnya menjadi terlalu serong hinggakan dia tidak lagi mampu membezakan antara yang baik dan buruk.

Akibatnya kemungkaran dipandang sebagai ma’ruf. Umpama serigala ditugaskan menjaga biri-biri, pengkhianat dibenarkan menjadi juru damai. Orang-orang yang besar dan keji hidup aman damai. Kebijaksanaan menipu dianggap sebagai kebijakan sebenar manakala kebijakan sebenar itu sendiri dianggap sebagai kebodohan. Khazanah yang paling berharga iaitu kemanusiaan sendiri telah mengalami kehancuran.

Di tengah kepekatan jahiliyyah inilah di utuskan Rasulullah SAW untuk membimbing manusia untuk kembali kepada kemanusiaannya dan menjadi hamba kepada Khaliqnya.

Baginda lalu berdakwah dan mendidik ummat dengan penuh kecintaan dan ketaatan kepada Allah, dengan penuh kasih sayang kepada manusia serta bersabar dan bersifat lemah lembut dengan segala tentangan, siksaan dan halangan.

Selama 13 tahun Baginda di Mekkah, penuh keazaman dan ketabahan hati, ia menjelaskan kepercayaan (keimanan) kepada Allah, Kerasulan dan hari kebangkitan. Baginda membangunkan ummat di atas dasar Aqidah yang benar dan mengembangkan dakwah ke segala penjuru alam. Hinggalah sampai kepada kita hari ini.

KEWAJIBAN MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW DIATAS SEMUA MAKHLUK

Berikut ini ada beberapa hal yang berhubungan dengan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.

a. Wajib mencintai Nabi SAW melebihi cintanya kepada diri sendiri.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam ra. bahwa dia berkata:

Kami pernah bersama Nabi SAW sementara beliau menggandeng tangan Umar bin Khatthab ra, maka Umar berkata kepada beliau: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku. Maka Nabi bersabda: Tidak, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya! Hingga kamu lebih mencintai aku dari pada dirimu sendiri. Umar berkata kepadanya: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai dari pada diriku sendiri. Nabi bersabda:

“Sekarang wahai Umar.”
(H.R Bukhari)

b. Wajib mencintai Nabi saw. melebihi cintanya kepada orang tua dan anak.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Demi dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai dari pada orang tua dan anaknya.
(H.R Bukhari)

c. Wajib mencintai Nabi saw. melebihi cintanya kepada keluarga, harta dan seluruh manusia.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai kepadanya dari pada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia.
(H.R Bukhari)

Firman Allah

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنْ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At Taubah 24).

Imam Al Hafidz Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan adzab dari Allah yang akan menimpa kalian.
(Mukhtashar Ibnu katsir-Syekh Nasib Ar Rifa'I)

BUAH CINTA NABI

Bagi yang mencintai Rasulullah saw. ia akan mendapatkan hasilnya baik didunia mahupun diakhirat,di antaranya adalah ;

1. Cinta kepada Nabi boleh mendatangkan manisnya iman.
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Nabi bersabda:
Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya maka ia akan mendapatkan manisnya iman; bahwa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selainnya , bahwa ia mencintai seseorang dan tidak mencintai kecuali hanya karena Allah, dan ia benci kembali kepada kekafiran seperti kebencian dia bila dilemparkan ke dalam api.(Muttafaqun alaih)

Erti manisnya iman sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama adalah merasakan lezatnya segala ketaatan dan siap menderita karena agama serta mengutamakan itu dari pada seluruh materi dunia.
(Fathul Bari 1/61)

2. Orang yang mencintai Nabi SAW akan tinggal bersamanya di akhirat.

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik ra bahwa ia berkata:

Pernah seorang laki-laki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Rasulullah kapan hari kiamat datang? Beliau bersabda: Apa yang kamu persiapkan untuknya? Ia menjawab: cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul-Nya. Beliau bersabda: Engkau akan bersama orang yang kamu cintai. Anas berkata: Kami tidak bergembira setelah masuk Islam lebih daripada mendengar sabda beliau: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai. Anas ra.berkata: Saya mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar dengan harapan saya dapat berkumpul bersama mereka walaupun saya tidak beramal seperti mereka.

TANDA-TANDA ORANG YANG MENCINTAI NABI

Diantara tanda-tanda mencintai Nabi e adalah yang dinyatakan Al qadhi 'Iyadh: Termasuk tanda mencintai Nabi saw. adalah membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya.
(Syarkh Sahih Muslim -Nawawi)

Ibnu Hajar berkata: Termasuk tanda cinta kepada Nabi di atas adalah bahwa seandainya disuruh memilih di antara kehilangan dunia atau Rasulullah SAW kalau itu memungkinkan, maka ia lebih memilih kehilangan dunia daripada kehilangan kesempatan untuk melihat beliau, ia merasa lebih berat kehilangan Rasul daripada kehilangan kenikmatan dunia, maka orang yang seperti itu telah mendapat sifat kecintaan di atas dan siapa yang tidak bisa demikian maka tidak berhak mendapat bagian dari buah cinta itu. Yang demikian itu tidak hanya terbatas pada persoalan cinta belaka, bahkan membela sunnah dan menegakkan syariat serta melawan para penentang-penentangnya termasuk amar ma'ruf dan nahi mungkar.

(Kitab Fathul Bari)

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 7)




Asrama Siswi, 10.04pm,B15..
Solehah duduk diatas katil sambil membuka dan membaca mesej-mesej yang ada didalamnya, tiba-tiba satu mesej masuk..dia membacanya. “Muadz” dia menyebut nama tersebut.
“Assalamualaikum..apa kabar enti? Sihat ke? Da lama tak dengar kabar dan nampak wajah kat kolej, busy ke? Ana tahu kita da takde apa-apa kaitan tapi kalau boleh ana nak jadi sahabat enti je tak lebih daripada tu. Ana janji.”
Hmmmnn, Solehah mengeluh. Hatinya berfikir. Sampai bila nak jauhkan diri dari dia sebab dia tetap berada kat kolej yang sama dengan ana, apatah lagi sem ini ana kena masuk kelas yang sama dengan dia. Lantas Solehah membalas mesej tersebut.
“Waalaikumussalam ya akhi..alhamdulillah, ana sihat. Hidup g..hehehe.. nak jadi sahabat ye, boleh gak tapi ana tak nak sahabat yang terlalu rapat tu. Cukup seperti biasa je, ana tak nak timbul fitnah plak”
Mesej dihantar.
Rumah Sewa Muadz,10.20pm..
Muadz tersenyum seorang diri, dia rasa begitu rindu dengan Solehah. Alahai … Aiman memerhatikan Muadz dari jauh lalu mendekati sahabatnya itu.
“ Nape ni Adz?”
“Eh, Man. Bagilah salam..terkejut ana.”
“Sory,nape dengan enta ni?”
“Hmmn..Man, nak ke Solehah tu dengan ana balik?”
“Aik! Npe tanya? Ada hati lagi ke dengan dia? Bukan enta da campak dia jauh-jauh dari hidup enta ke?”
“Hmmmn..ana sebenarnya marah ckit je dengan dia. Tapi tu la, ana tak leh lupakan dia.”
“Lupakan je lah Adz, maybe dia da ada orang lain da. Lagipun enta nak letak kat mana Ina tu?”
“Susah lah Ina tu, dia tak memahami ana langsung.”
“Tapi tu yang enta pilih kan, so terima lah. Ana tak le nak bantu. K la ana nak g tido ni, esok ada plak”
“Man, ana masih cintakan dia”
“So…? Dah la Adz, dia pasti da ada orang lain da. Lupakan je niat enta tu. Sekarang baik enta g tido k”
“Man ni..hmmn”
Aiman bangun meninggalkan Muadz seorang diri di ruang tamu. Dalam bilik, Firdaus terus menarik tangan Aiman.
“Mak oiii!!! Astagfirullahalazim.. Daus,enta ni. Terkejut ana, nasib baik takde penyakit jantung kalau tak, da lama da ana ‘jalan’ ni hah”
“Opppsss..sory Man. Ana tak sengaja. Hehehehe”
“Hah, ni nak apa plak?”
“Hehe.. Adz cakap pe dengan enta tadi?”
“Awat” Aiman mengangkat keningnya. Pelik.
“Saje je. Tak leh ke?”
“Bukan tak leh, tapi pelik. Hmmn..sebenarnya dia tanya pasal Solehah ”
“Nape dengan Solehah? Sakit je?”
“Aik! Apsal enta ni?” Aiman pelik dengan sahabatnya itu.
“Aduh..tak pe la. Abaikan”
“Ok..selamat malam”
“Malam” Firdaus duduk termenung, dia masih memikirkan apa yang terjadi pada Solehah.
Dewan At-Thaqafi, Kolej Teknologi Darulnaim, 11.30am
Solehah tersenyum sambil menaip sesuatu dalam laptopnya. Shida terpandang sahabatnya itu dengan perasaan yang pelik lalu dia mendekati Solehah.
“Enti, nape ni?” Shida bertanya sambil memandang laptop Solehah dengan perasaan pelik.
“Owh, Shida. Takde pe, ni ana tengah main chat dengan sahabat ana kat UIA ni; Mujahid”
“Hmmmn, ye ke sahabat?” Shida ragu-ragu. Solehah memandang Shida dengan pandangan pelik.
“Ye, sahabat. Nape?”
“ Yela tak penah ana dengar perempuan bersahabat dengan lelaki melainkan dorang ada something..hehe”
“Astagfirullahalazim, Shida. Sampai hati enti kata camtu kat ana. Memang kami sahabat pun, tak lebih dari tu”
“Aiyo, Leha..jangan nangis. Ana gurau je” Shida memenangkan sahabatnya itu.
“Ana tak nangis pun cuma ana pelik dengan soalan enti tu. Sungguh, ana dengan dia just sahabat je. InsyaALLAH kami boleh jaga hati kami”
“Ye-ye, ana percaya”
“Terima kasih Shida sebab percayakan ana”
“Ana tahu enti bukan jenis camtu, kalau timbul sedikit perasaan dalam hati, ana nasihatkan enti jauhkan diri dari hubungan tu ye”
“Ok, syukran ye Shida”
“K.. afwan”
Sabariah melihat dari jauh sambil tersenyum…

Bersambung…………………..

Khamis, 29 Oktober 2009

Sebarkanlah Salam......



Assalamualaikum....hari ni ana nak bagi sedikit pengetahuan kepada antum semua mengenai apa maksudnya salam..dimana ana memperolehi maklumat ini didalam buku yang ana baca iaitu "Inikah Ertinya Cinta" yang ditulis oleh Puan Khairul Badriah Jaafar..

Pengertian Pertama:

-Ucapan salam bermaksud cinta kasih. Bila menyambut saudara Muslim tunjukkan wajah cerah dan bahagia. Hulurkan tangan dengan penuh rasa kasih sayang. Buangkan segala rintangan diantara antum berdua yang dilakukan oleh syaitan terkutuk. Ikatkan kedua hati antum dengan ikatan kasih sayang. Lebih utama bila antum iringi ucapan salam itu dengan menyatakan bahawa antum mengasihinya dan dia menjawab "semoga ALLAH mencintaimu yang keranaNYA antum mencintai ana".

-Benarlah bahawa ucapan salam adalah duta kasih sayang diantara orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH. Jadi, jangan antum ucapkan salam dengan hampa, dingin dan tidak bersemangat. Bukankah ucapan salam membawa erti memohon dicurahkan rahmat dan berkat kepadanya daripada ALLAH. Maka janganlah memandang remeh ucapan salam yang diucapkan.

Pengertian Kedua:

-Ucapan salam bermaksud memberi salam kepada saudara antum pada awal pertemuan. Hal ini membuat dia merasa aman dan tenang kerana antum berada bersamanya hanyalah untuk menyenangkan dan membahagiakannnya. Dengan salam antum menjelaskan kepadanya bahawa antum benar-benar tidak akan menyakiti dan membahayakannya. Menyampaikan salam atau kedamaian kepadanya pada awal pertemuan bereti tidak berdusta, berbuat jahat, bermusuh, mengumpat, mencaci, buruk sangka, menghina dan tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitinya.

Pengertian Ketiga:

-Salam juga memberi maksud memberi banyak keberkatan dan kebaikan kepada saudara antum daripada ALLAH. Ucapan ini memberi jaminan agar tidak berbicara kepadanya kecuali yang baik dan tidak membicarakan hal orang lain kecuali yang baik. Inilah jalan menuju kasih cinta kerana ALLAH.


"Barangsiapa yang dicintai oleh ALLAH maka ALLAH akan melimpahkan rezeki kepadanya berupa perasaan cinta, taat, zikir dan khidmat kepadaNYA"

Wassalam...itu je untuk hari ini..

Selasa, 27 Oktober 2009

Kem TOT Kipda 2






Haaa..hari tu ana janji nak cerita tentang kem tu kan..so ana sambung ye..huhu..Hari sebelum pergi ke sana ana kalut,yelah tak tahu nak bawa apa ke sana. Maksud ana kat sini ana tak tahu nak bawa berapa helai baju dan kain tudung. Aiyo..calm down Muslimah. Hehehe..Esok paginya siap je ana kemas barang ana terus ke kolej sebab pagi tu ana ada kelas lagi, petang baru pegi ke Jeram Mengaji.

Sampai je kat sana kami semua di bahagikan kepada beberapa kumpulan sebab kalau nak masukkan dalam satu chalet comfirmt tak muat..(tahu takpe..kih kih kih).. Dapat tengok katil je..ermnn..ana tak tunggu da serbu terus..huhu..penat giler-giler..tetapi.......hajat tak kesampaian kerana En.Fadzli da panggil.. Malam tu aktiti pertama yang kitaorang lakukan adalah mendengar sedikit ucapan dan taklimat dari pihak penganjur..ana time tu,Ya ALLAH,memang ALLAH je yang tahu. Ngantuk tahap kritikal da tu, kadang-kadang terlentok gak kepala. Dipendekkan cerita,malam tu sampai bilik je ana terus tido tak sedar apa pun.. Rasanya kalau kena bakar ke atau kena bom ana pasti dan pasti ana da "pegi" da..huhu..

Perkara yang ana tak leh lupakan adalah bila di arahkan bangun pukul 4am dan di suruh berendam di dalam air..ALLAHU AKBAR!!!! Sejuk giler... Ana rasa nak beku da time tu.. Tak cukup dengan tu,kami semua kena meredah jeram tu plak..MasyaALLAH..dengan pacatnya yang banyak melekat kat stoking,ana rasa nak pitam je time tu..yang peliknya tak pitam-pitam gak..hmmn..

Tapi kan,ana rasa bersyukur sangat kerana dengan mengikuti program ni ana dapat mengenal erti ukhwah Islamiyyah yang sebenar dimana time makan tu je mesti kitaorang makan dalam dulang..Fuh,pengalaman yang sangat-sangat sukar di lupakan..

Sampai sini je la yang dapat ana coretkan dan kongsikan dalam blog ni mengenai program Tot Kipda.. Baca memang tak best,tapi kalau alami sendiri memang best.. Apapun kepada semua sahibah dan sahabat yang mengikuti program ini ana harapkan ukhwah yang terjalin di antara kita kekal selamanya dan mendapat rahmat serta redha dari ALLAH..Bangkitlah wahai sahabat-sahabat sekalian untuk bersama memperjuangkan agama ALLAH ini..TAKBIIIR!!!!

Good News for U All...

Assalamualaikum...hmmmn..mesti ada di antara sahabat-sahabat sekalian tertanya-tanya mengenai sambungan cerita Mendamba Tarbiyah tu kan..insyaALLAH ana akan masukkan cerita tu..dan ana akan habiskan sebelum cuti..sabar deh..huhu..

Rahsia Solat Yang Tidak diketahui Ramai

Artikel kat bawah ni ana dapat dari blog salah seorang sahabat..moga ianya dapat membuka mata dan hati kita semua dalam menyingkap rahsia yang terdapat di sebalik solat yang kita lakukan..dan ianya juga dapat menggambarkan bahawa setiap pekara yang ALLAH SWT suruh lakukan mempunyai kebaikan dan kelebihannya tersendiri..fikir-fikirkanlah...

”Senarai di bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘ FRIDAY the 13th ‘ jika
ada di kalangan kamu yang perasan!!!’

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes
dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan
berdo’a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ‘Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii’ (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud :
Memaagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nangkir di
dalam kubur.

11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Ahad, 25 Oktober 2009

10 Wasiat Imam Syafie



Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah,beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:-

“Barangsiapa yang hendak meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA : Hak Kepada Diri
-mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : Hak Kepada Malaikat Maut
-mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : Hak Kepada Kubur
-membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT : Hak Kepada Mungkar dan Nakir
-tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

KELIMA : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
-menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
-membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
-menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : Hak kepada Ridhwan (Penjaga Syurga)
-berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : Hak Kepada Nabi SAW
-berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : Hak Kepada Allah SWT
-mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

My Sweetheart







Ermmn..rindunya kat mereka berdua. Nak tahu tak ini siapa? Haaa,ini anak sedara ana: Mohd.Aidil dan Mohd.Afiq. Sejak study jauh ni ana rasa rindu ana kat mereka berdua begitu meluap-luap hinggakan dalam seminggu tu boleh di katakan dua tiga kali ana kol..Uwaaaaa..nak balik Sabah. Hmmnn..(sabar ye Muslimah,habiskan study dulu. Jihad ni!)..huhu..
Yang abang ni slow sikit perwatakan dia tapi adik ni plak ganas giler-giler..hahahaha..pantang nak mengaku kalah sehinggakan ayah ana pun tak le nak kata apa bila tengok cucu dia merajuk. Nasib baik la auntie dia ni penyabar sikit..huhu..(yakah?) maybe.......

"Projek PESAT"








Assalamualaikum.....haaaa..chaaak sikit..huhu..3 orang perempuan kat atas tu antara adik-adik usrah ana tapi ada gak salah sorang tu ana so semuanya ada 4 oranglah. Gambar ni ana ambil hari Jumaat baru-baru ni,kat Taman Tengku Anis. Time ni ana buat PESAT @ usrah tapi agak santai la,tak boleh juga terlalu skema nanti boring di buatnya.
Antara aktiviti yang ana buat adalah "cuci mata" tapi "cuci mata" yang syarak la dimana ana minta kat adik-adik ni tengok alam ciptaan ALLAH. Kitaorang ronda-ronda kat taman haiwan;rusa. Comel tau,Subhanallah. Banyak tangkap gambar tapi ana nak pamerkan yang tu je,tak leh banyak-banyak nanti dapat tawaran berlakon atau jadi model plak..kui3..

Isnin, 19 Oktober 2009

Kem TOT Kipda...






Haaa...asyik duk buat cerita je,so hari ini ana nak masukkan benda lain plak. Nampak tak gambar kat atas tu? Tu gambar sewaktu ana mengikuti program kat Jeram Mengaji,Bachok,Kelantan. Program tu di anjurkan tuk semua fasilitator KTD dimana ianya gabungan antara fasi UTM,KTD dan KUIS...Hmmmnn..lain hari ana cerita lagi ye..... maaf..huhu

Isnin, 12 Oktober 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 6)



Jumaat,Asrama Siswi,bilik B15,10.00am

Solehah duduk termenung. Solat istikharah yang dia lakukan sebelum ini langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda. Hmmnnn..dia mengeluh. Beberapa minit selepas itu,dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor rumahnya.
“Assalamualaikum ummi,apa kabar?” tanya Solehah sebaik sahaja panggilan
berjawab.
“Waalaikumussalam sayang. Alhamdulillah ummi sihat. Sayang camne?” tanya umminya pula.
“Alhamdulillah,Leha sihat ummi. Leha sebenarnya ada hal nak bagitahu ummi ni.”
“Apa dia sayang?”
“Ini mengenai lamaran tempoh hari tu. Leha dah buat 3 kali solat istikharah,tapi Leha langsung tak dapat apa-apa petunjuk pun.”
“So,macam mana keputusan sayang sekarang?”
“Leha harap ummi jangan marah ye. Leha terpaksa menolak lamaran ini,bukan apa ummi Leha tak bersedia lagi. Leha harap sangat-sangat ummi dan abi menghormati dan memahami keputusan Leha ini”
“Hmmn..ummi tak marah. Lagipun yang nak kahwin tu Leha kan,kalau Leha tak bersedia lagi ummi dan abi tak leh paksa. Takut Leha tak dapat jalankan tanggungjawab Leha sebagai isteri dengan baik. Takut tak dapat pahala tapi dosa yang bertambah.” Ujar umminya.
“Syukran ummi sebab memahami Leha. Tapi abi macam mana? Dan pihak lelaki tu pulak macam mana?”
“Pasal abi tu sayang jangan risau,nanti ummi terangkan. Hmmn..dan ummi akan cuba tolak secara baik lamaran tu. Leha study elok-elok tau,jangan fikirkan sangat mengenai lamaran tu. Ok sayang?”
“Ok ummi,Leha sayang ummi”
“Ummi pun sayang Leha gak. K la sayang,lain kali kita cakap lagi ye,ummi nak jemput Hasanah kat sekolah”
“Baiklah ummi. Hati-hati bawa kereta,kirim salam kat semua. Assalamualaikum”
“InsyaALLAH,waalaikumussalam”
Talian dimatikan. Solehah menghembuskan nafas lega.


Ahad,Taman Pasadena,Kuala Terengganu,Terengganu.

Kelihatan abi sedang duduk di sofa sambil membaca akhbar. Ummi datang sambil membawa segelas air kopi untuk abi.
“Abang,ayang nak bincang sesuatu ni. Pasal Leha.” Umminya memulakan bicara. Abi meletakkan akhbar di atas meja kemudian memandang ummi.
“Kenapa dengan Leha? Dia da ada jawapan ke untuk lamaran tu?”
“Tu yang nak bincang dengan abang tu. Hmmmn..dia tak bersedia lagi bang. So dia minta kita tolak lamaran pemuda tu. Apa pendapat abang?”
“Kita ikut tuan punya diri lah. Abang ikut je mana yang baik,lagipun anak kita tu masih nak belajar lagi.”
“Tu lah pasal bang. Jadi macam mana kita nak terangkan dengan family pemuda tu?”
“Nanti abang call En.Khalis dan cakap elok-elok dengan dia”
“Abang jangan kata anak kita tak nak pulak,takut dorang fikir yang bukan-bukan pulak Leha.”
“Ye,abang tahu. Sayang jangan risaulah”

Ahad,10.00am,Kolej Teknologi Darulnaim.

Solehah dan Sabariah sedang duduk di meja Port DDG. Sabariah asyik memandang sahabatnya itu.
“Hmmmn..apsal pandang ana macam tu?”
“Enti serius ke? Comfirmt?”
“Ye,lagipun ana buat keputusan ni selepas ana buat 3 kali solat istikharah. Ana langsung tak dapat sebarang petunjuk”
“Owh..bah ana hormati lah keputusan enti tu walaupun ana kurang bersetuju”
“Nape pulak tak bersetuju?”
“Sebab sahabat ana tu baik. Ana yakin dia boleh jadi suami yang baik untuk enti.”
“Takpe la,da bukan jodoh ana.”
Solehah teringat satu janji ALLAH dalam surah An-Nur yang bermaksud:
(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.(ayat 26)
Sedangkan dirinya adalah insan yang penuh dengan dosa,mana mungkin pemuda tersebut sesuai untuk dirinya yang hina itu. Dia mengeluh. Pemuda tersebut terlalu baik jika di bandingkan dengan dirinya.
“Ana tak leh nak kata ape la. Tu hak enti”
“Syukran Sabariah”
“For what?”
“Sebab carikan jodoh untuk ana”
“Nak buat apa kalau enti tolak juga”
“Ana ada sebab Sabariah. Ana harap enti memahami ana”
“Yela,enti kan sahabat ana. Takkan ana nak paksa pulak. Nanti ana terangkan kat dia”
“Syukran”
“Afwan”

Rumah Sewa Muadz,12.30am

Firdaus duduk di satu sudut sambil membaca mesej yang baru diterimanya. Dia mengeluh. Tapi dia cuba berfikiran positif.
“Takpe la,maybe takde jodoh. Lagipun siapa lah ana ni jika di bandingkan dengan dia.”
Muadz dari jauh melihat perubahan wajah sahabatnya itu. Dia menghampiri Firdaus.
“Why?”
“Eh,Muadz. Takde la”
“Ana tengok wajah enta sedih semacam je. Kongsilah dengan ana”
“Takde ape la. Ana nak study ni,esok ada test”
Firdaus berlalu meninggalkan Muadz. Terkebil-kebil mata Muadz melihat Firdaus berlalu.

Asrama Siswa,Bilik B4,1.00am

Yusuf Al-Khair berdoa dalam sujudnya.
Selepas memberi kedua salam dan berdoa dia pun duduk di atas katil. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia beristighfar.
“Ya ALLAH..ampuni dosa ku kerana telah menyimpan perasaan terhadap seseorang yang tidak halal bagi ku” Yusuf Al-Khair menangis. Dia rasa begitu berdosa kerana telah membelakangi cinta Illahi.
Dia telah menghampiri zina hati,tiba-tiba hatinya gentar. Dia teringat dalam surah Al-Isra’ ayat 32,ALLAH pernah berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Dia menangis lagi. Dia begitu takutkan azab ALLAH. Lantas dia berdoa:
“Ya ALLAH ya Tuhanku,seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dengan hatiku..seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku,luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan dan kemurkaanMu Ya ALLAH..amiin..”
Selepas itu dia pun terlena.


Khamis,Kolej Teknologi Darulnaim,11.30am

Solehah sedang duduk di meja Ustazah Mariyah. Hampir dikatakan setiap hari Solehah bertemu dengan Ustazah Mariyah untuk meminta nasihat dan bimbingan.
“Ukhti apa kabar?”
“Alhamdulillah,ana sihat. Ustazah?”
“Alhamdulillah,ustazah sihat. Macam mana dengan pelajaran sekarang?”
“Alhamdulillah,pointer ana meningkat sem ni. Ni berkat doa dari ustazah”
“Bukan,ni berkat dari pertolongan ALLAH dan usaha ukhti. Bukan dari ustazah”
“Hehehe..ye,betul juga.”
“Hati ukhti da sihat?”
“Alhamdulillah,da ok sikit-sikit”
“Tak leh sikit-sikit,kena banyak. Ingat ukhti,dalam usia ukhti sekarang ukhti kena fokus pada pelajaran dahulu. Cinta duniawi letak kat tepi dulu,tapi cinta kat ALLAH dan pelajaran letak kat hadapan.”
Solehah mengangguk-anggukkan kepala mendengar nasihat ustazah yang di hormatinya itu. Sejak kebelakangan ini Solehah begitu menjaga hubungannya dengan ALLAH,dia kalau boleh tidak mahu menyakiti hati Kekasih Hatinya itu. Cukuplah dosa-dosa yang dia telah lakukan sebelum ini sehingga menyebabkan DIA menjauhinya. Dalam perjalanan menuju ke surau,Solehah bertembung dengan Kak Mumtazah (Ketua Fasi bagi Solehah).
“Assalamualaikum ya ukhti,kaifa ha lu ki?”
“Waalaikumussalam,alhamdulillah..akak plak?”
“Sama juga. Ukhti nak ke mana ni?”
“Ana nak ke surau kak,nak rehatkan diri sekejap.”
“Macam mana sekarang? Ada gangguan hati lagi?”
“Alhamdulillah,sekarang ni hati ana hanya dapat tumpu pada Yang Satu sahaja. Begitu indahnya kan kak bila kita melabuhkan cinta pada ALLAH.”
“Ye sayang,memang indah. Akan lebih indah lagi sekiranya kita niatkan Dia dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Jika kita jaga hubungan dengan ALLAH,pasti ALLAH akan menjaga kita.”
“Betul tu akak. Doakanlah semoga hati ana sentiasa tetap untuk ALLAH”
“InsyaALLAH.”
“Akak,adakah ALLAH akan menerima cinta dan mengampuni dosa ana?”
“Ukhti,ALLAH pernah berfirman yang berbunyi: Katakanlah: ”Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH,ikutlah aku,nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. InsyaALLAH,DIA akan mengampuni dosa-dosa ukhti. Doa banyak-banyak dan selalu lah mendekatkan diri kepadaNYA. ”
“Hmmmn…” Solehah mengangukkan kepala.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
Beberapa bulan selepas itu..
Asrama Siswi,bilik B15,11.00am.

Solehah duduk termenung menghadap tingkap. Dia keseorangan di bilik pada waktu ini,tiba-tiba dia di kunjungi salah seorang adik usrahnya;Mariani.
“Assalamualaikum akak”
“Waalaikumussalam. Eh..Mar,jemput masuk”
“Terima kasih. Maaf ana nak tanya,akak busy tak time ni?”
“Alhamdulillah,buat masa ni tak lagi. Kenapa?”
“Ana nak jumpa akak,nak bercakap-cakap kosong gitu. Hehehe..”
“Owh..boleh bah..hehe”
“Hui nah,keluar Sabahnya..hahaha”
“Hehehe..puasa tak hari ni?”
“Hui nah,puasa bah kak. Kenapa? Mahu sediakan makanan ke? Boleh juga,ada ruang lagi dalam perut ni..hehehe”
“Aik! Lain macam je bunyi.”
“Takde la akak..gurau je..huhu”
“Hmmn..mesti ada something datang jumpa akak ni. Kan?”
“Eh,takde la. Ana saje datang jumpa akak. Kenapa,tak boleh ke? Kalau begitu ana balik je”
“Lor..merajuk ke? Aduh,akak tak cakap macam tu pun. Ape la Mar ni,akak alu-alukan kedatangan adik-adik usrah akak ke bilik ni”
“Hehe..ana tak merajuk la akak” senyum Mar menampakkan sebaris giginya yang putih. Tba-tiba handsetnya berbunyi. Selepas bercakap melalui telefon,Mar meminta izin untuk balik kerana ada urusan di biliknya.
“Lain kali kita borak akak. Maklumlah ana ni mengalahkan YB,busy je memanjang..hahaha”
“Ok,takpe. Kalau Mar nak borak dengan akak,datang je bilik ni ye.”
“Ok bah kak. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Tinggallah Solehah sendirian di bilik. Dia baring di atas katil sambil matanya memandang ke atas siling bilik. Tiba-tiba handsetnya berbunyi,1 mesej masuk. MUADZ.
Assalamualaikum,apa kabar? Dah lama tak nampak enti,sejak jadi seorang naqibah ni. Busy dengan usrah ke? Atau enti busy dengan pakwe baru?
“Astagfirullahalazim..sampai macam tu sekali fikiran dia” fikir Solehah. Dia kalau boleh tak mau memikirkan langsung mengenai lelaki tersebut lantas dia menekan butang DELETE,mesej tersebut pun takde.
“Ya ALLAH..bantu lah aku dalam usaha menggapai cinta dan keredhaanMu. Kuatkan hati dan semangat ku dalam menghadapi ujian daripadaMu..amiiin” Solehah teringat 1 mesej yang pernah di hantar oleh kak Mumtazah kepadanya suatu ketika dahulu.
Salam. Alhamdulillah. Adik2 perlukanmu ukhtiku utk sampaikan Islam pada mereka. Janganlah sedih. ALLAH bersamamu. ALLAH SANGAT MEMAHAMI DERITAMU bertarung & bermujahadah untuk dapatkan redha ALLAH. Sabar & kuatlah ukhtiku.
Solehah beristighfar. “Astagfirullahalazim..Ya ALLAH..ana kena kuat. Ana tak boleh kalah dengan godaan syaitan dan janji-janji manis lelaki.Banyak lagi komitmen yang perlu ana buat. Ummi,abi,adik-adik,sahabat-sahabat dan Islam perlukan ana. Ana kena kuat!” Solehah menyuntik kata-kata semangat ke dalam dirinya sendiri.

Ahad, 23 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 5)



2 tahun kemudian..

Tahun Ketiga,Sem 5.

Dewan At-Thaqafi,11.00am.

Kelihatan Solehah sedang bergerak keluar meninggalkan bilik kuliah menuju ke dewan At-Thaqafi,dia kelihatan sangat letih kerana dari pagi tadi dia sibuk menguruskan pendaftaran masuk untuk sem ini. Tanpa disedari,ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh.

“Apsal ana rasa lain macam je ni? Seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan ana,siapa ye..” Solehah berkata sendirian sambil matanya melilau melihat orang di sekelilingnya. Sabariah turut sama memandang sekeliling,hairan dengan Solehah.

“Hmmn..perasaan ana je kot. Hehehe..” Solehah tersenyum malu. Sabariah mengeleng-gelengkan kepala.

Di satu sudut…

“Fuh…nasib baik dia tak nampak” lelaki tersebut cepat-cepat meninggalkan tempat itu.
Al-Fadzri,sahabat kepada pemuda berkenaan dari jauh hairan melihat sahabatnya yang berjalan agak kelam kabut seperti di kejar sesuatu,lantas dia berlari mendapatkan sahabatnya itu.

“Assalamualaikum ya akhi,min aina?” Tanya Al-Fadzri kepada sahabatnya itu.

“Eh,waalaikumussalam..Al-Fadzri rupanya,terkejut ana. Ana tak kemana –mana pun. Hehehe.”jawabnya cuba menyembunyikan rasa takutnya tadi.

“Yakah? Ana lihat enta macam sedang melarikan diri dari seseorang je,siapa?”Tanya Al-Fadzri.

“Laa..takde la..hehehe..perasaan enta je kot.”dia berdalih.

Tiba-tiba Solehah dan Sabariah melalui kawasan tempat mereka bersembang itu. Entah kenapa secara automatik jantung Yusuf Al-Khair berdegup kencang,satu debaran yang tak pernah dirasainya sebelum ini. Dia memandang ke sebelah kiri. Dia dapat melihat Solehah dengan jilbab berwarna krimnya berjalan melalui mereka.

“Hmmnn..padan lah jantung ana berdegup kencang,rupa-rupanya ada dia.” Yusuf tersenyum sendiri. Dan ini disedari oleh Al-Fadzri.

“Aik! Apsal enta senyum-senyum ni?” Tanya Al-Fadzri.

“Eh,takde la. Hehehe..” Yusuf Al-Khair menjawab.

“Betul ke? Atau terpandang seseorang?” Al-Fadzri menduga sambil memandang anak mata Yusuf Al-Khair.

“Ana tak pandang Solehah lah!” Yusuf Al- Khair terlepas cakap.

“Haaa..ana tak cakap pun enta tengah memandang Solehah kan “ Al-Fadzri akhirnya mengetahui sebab sahabatnya itu kelihatan kelam kabut tadi.

“Ana..er..eh,enta tanya apa tadi?” Yusuf Al-Khair cuba mengubah topik,dia kalau boleh tak nak sesiapa tahu mengenai perasaan yang dia pendam itu.

“Ana tak tanya apa-apa pun. K la ada kelas ni. Pergi dulu. Assalamualaikum” Al-Fadzri meminta diri.

“Owh..ok..waalaikumussalam” jawab Yusuf Al-Khair sambil menghembus nafas lega,kemudian dia pun menuju ke kelas kerana sebentar lagi kelas Al-Quran dan Sunnah akan bermula.

Yusuf Al-Khair dan Solehah mengambil diploma yang berbeza,dimana Yusuf Al-Khair mengambil diploma KUIS dalam bidang Al-Quran dan Sunnah manakala Solehah pula diploma UTM dalam bidang Pengurusan Teknologi,tetapi kedua-duanya merupakan mahasiswa dari Kolej Teknologi Darulnaim.

Surau Siswi Asrama Tanjung Chat,9.00pm

Solehah benar-benar berubah. Dia kembali kepada dirinya yang asal,dimana dia kini sentiasa menjaga hubungannya dengan ALLAH. Nama Muadz tiada lagi bermain di bibir dan hatinya,apa yang dia pentingkan sekarang adalah pelajaran,keluarga,para sahabat,adik-adik usrah dan cinta kepada kekasih hatinya yang satu iaitu ALLAH S.W.T. Itulah sebaik-baik nikmat yang telah di berikan ALLAH kepada dia. Hari-hari yang di lalui Solehah sangat bahagia dan menggembirakan,tidak seperti hari-hari yang pernah di laluinya bersama Muadz dulu.

Kini dia menjadi salah seorang fasilitator di Kolej Teknologi Darulnaim dimana misinya adalah untuk membantu pihak KTD melahirkan pelajar yang professional,berketerampilan dan beretika serta berakhlak. Dia dan para sahabatnya yang lain berusaha untuk membentuk pelajar-pelajar junior yang baru agar berubah kepada seseorang yang mempunyai akhlak yang terpuji tetapi atas kehendak dan kemahuan pelajar junior itu sendiri. Dia memegang satu usrah yang di kenali sebagai PESAT (Program Pembangunan Sahsiah Terpuji) di asrama,dimana adik-adik usrahnya terdiri dari kalangan pelajar sem 2 dan 3. Malam pertama usrah mereka di mulakan dengan sesi taaruf atau sesi perkenalan.

“Assalamualaikum ya ukhti..alhamdulilllah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah rahmat dariNYA kita dapat berkumpul di sini dalam rangka menjadi seorang insan yang ingin berubah kerana ALLAH. Kita semua patut bersyukur kerana ALLAH telah memilih kita untuk hadir dalam majlis ilmu ini,kerana sesungguhnya pada majlis ilmu seperti ini turunnya para malaikat untuk memayungi kita semua yang berada disini. Ok tanpa membuang masa lagi akak mulakan sesi taaruf ini dengan adik yang berada di sebelah kanan akak ini” Solehah berpaling kepada seorang adik usrahnya sambil tersenyum.

“Hmmn..assalamualaikum semua,nama ana Mariani binti Muis,panggil Mar jak. Ana berasal dari Semporna Sabah. Ana mengambil course DDW,sem 3.” Mariani memperkenalkan dirinya.

“Ok,next.” Solehah meminta semua adik-adik usrahnya untuk memperkenalkan diri.

“Ana ye,hehehe..Assalamualaikum,nama diberi Masliah binti Asaad,panggil jak Leang. Ana berasal dari Semporna,Sabah. Course DDG,sem 2.” Pelajar kedua memperkenalkan dirinya sambil tangannya mengguis lantai.

“Assalamualaikum..ana Derwira binti Abd.Majid,berasal dari Kunak,Sabah. Panggil jak Der. Sekarang ana sem 3 dan mengambil course DDG” Pelajar kecik molek itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum malu.

“Nama diberi Sabrina binti Jimlan. Ana juga berasal dari negeri Sabah di Semporna bah kak. Hehehe.. course dan sem ana sama dengan Derwira dan Masliah juga” Sabrina memberitahu.

Boleh dikatakan hampir semua adik-adik PESAT Solehah berasal dari negeri Sabah,hanya 2 orang sahaja yang berasal dari negeri Terengganu sama dengan Solehah. Selepas semua adik-adik usrah Solehah memperkenalkan diri,Solehah pula yang memberitahu hal dirinya. Lebih kurang pukul 10.00pm barulah halaqat itu bersurai.

Rumah Sewa Muadz,10.30pm

Kelihatan Muadz sedang bermain game didalam laptopnya. Firdaus salah seorang ahli didalam rumahnya hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“Muadz,ana tengok bekas kekasih hati enta tu da berubahlah. Sejuk je mata bila memandang dia. La ni ana tengok dia aktif mengikuti pelbagai program yang di anjurkan oleh pihak kolej,memang rugi enta tinggalkan dia.” Firdaus memulakan bicaranya.

“Hmmn..” bersahaja je Muadz menjawab. Tapi jauh di sudut hatinya dia mengakui apa yang di katakan oleh sahabatnya itu,Solehah memang da berubah. Hati lelakinya terusik. Dia menyesal.

“Enta tak rasa apa-apa ke? Tak menyesal?” Tanya Firdaus.

“Nak menyesal buat apa? Ana da ada Ina. Nak menyesal apalagi. Lagipun ana da tak berkenan la dengan dia tu,berlagak baik.” Muadz dengan keegoannya menjawab.

“Ermmn..suka hati enta la. Apapun,kalau ana jadi enta ana takkan lepaskan perempuan macam Solehah tu. InsyaALLAH dia boleh jadi isteri yang solehah untuk seorang suami yang beriman” Firdaus memberitahu.

“ Yola. Enta la ambil dia jadi isteri. Risau sangat.” Muadz dengan bongkaknya memberitahu.

“Kalau dia sudi,ya,ana memang berhajat...” jawab Firdaus.

“Moga-moga ALLAH makbulkan permintaan mu yer…” doa Muadz antara ikhlas tak ikhlas je.

“AMIIN” Firdaus mengaminkan tetapi didalam hatinya.

Pesat Umun,Surau Siswi,7.45pm

Yusuf Al-Khair masuk ke dalam surau siswi sambil membawa beberapa peralatan untuk kegunaan PESAT nanti. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang,dia berhenti sejenak sambil memegang jantungnya.

“Kenapa ni?” Yusuf Al-Khair pelik. Tiba-tiba ada satu suara lembut memberi salam di belakangnya,dimana pemilik suara itulah yang selalu menggetarkan hatinya.

“Waalaikumussalam” jawab Yusuf Al-Khair sambil berpaling kepada pemilik suara itu.

Seketika mata mereka saling berpaut. Tiba-tiba Solehah berasa satu getaran di hatinya,begitu juga dengan Yusuf Al-Khair. Mereka cepat-cepat melarikan pandangan dan beristighfar.

“Maafkan ana,ana nak tanya berapa ramai siswa yang akan masuk ke dalam surau ni?” Tanya Solehah sambil menundukkan pandangannya.

“Owh..err..ana pun tak berapa pasti. Maybe ada dalam 10 orang kot.” Jawab Yusuf Al-Khair terketar-ketar.

“Hmmn..takpe la. Ana nak tanya tu je” Solehah berkata.

“Maaf boleh ana tahu siapa yang akan bagi penyampaian malam ni?” Tanya Yusuf Al-Khair.

“InsyaALLAH,ana. Doakan,assalamualaikum.” jawab Solehah kemudian berlalu meninggalkan Yusuf Al-Khair.

“Owh..semoga ALLAH permudahkan..waalaikumussalam” Yusuf Al-Khair berkata.

Apabila yakin bahawa semua pelajar berada didalam surau,Solehah pun menyampaikan ceramahnya sambil ditemani oleh sahabatnya,Sabariah. Yusuf Al-Khair pula tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Solehah itu sambil matanya cuba mengawal dari tidak memandang gadis yang telah berthakta di hatinya itu. (nak jaga pandangan la konon..hehehe). Lebih kurang pukul 9.30pm barulah majlis itu selesai.

Kafetaria,Kolej Teknologi Darulnaim,9.00am

Kelihatan Sabariah dan Solehah sedang duduk bersarapan di satu meja yang berada agak jauh dari pintu kafe tersebut. Sejak Solehah mengadu putus cinta tahun lalu kepada Sabariah,hubungan mereka berdua agak rapat seperti adik-beradik kandung. Setiap masalah yang Solehah hadapi pasti akan di kongsi bersama Sabariah dan begitu juga sebaliknya. Dari jauh kelihatan kelibat Muadz,Firdaus dan Aiman memasuki kafe tersebut. Solehah terkedu seketika. Dah agak lama dia tidak melihat Muadz,sebelum ni dia akan cuba untuk mengelak dari tidak memandang atau berserempak dengan Muadz. Tetapi hari ni,dengan ketentuan ALLAH dia dapat melihat wajah Muadz.

“Kenapa dengan enti? Pucat semacam je.” Tanya Sabariah,hairan melihat perubahan wajah sahabatnya itu.

“Err..Sabariah,Muadz datang” beritahu Solehah.

“Aaaah..mana?” Sabariah terkejut sambil matanya melilau mencari kelibat Muadz.

“Tu..” tunjuk Solehah.

“Owh..ana ingatkan dia datang sini. Ape la enti ni. Hmmn..takpe la enti buat tak tahu je. Anggap je seperti dia tak wujud. Ok?” Sabariah cuba menenangkan kegusaran yang sedang melanda hati Solehah.

Selepas membeli sedikit makanan,Muadz,Firdaus dan Aiman berlalu meninggalkan kafe. Sabariah dan Solehah menghembus nafas lega. Selesai makan,mereka berdua pun memasuki kelas.

Pondok Rehat,KTD,3.30pm

Sebelum menunggu bas datang,Solehah duduk di pondok rehat bersama dengan Sabariah. Di pondok yang satu lagi kelihatan Yusuf Al-Khair,Al-Fadzri,dan Ammar sedang duduk berbincang mengenai program yang akan dijalankan minggu hadapan di Taman Rehlah,Bachok. Dalam kerancakan berbual itu,tiba-tiba jantung Yusuf Al-Khair berdegup kencang. Dia memegang jantungnya. Dua orang sahabatnya itu hairan melihat kelakuan Yusuf Al-Khair itu.

“Limadza?” Tanya Ammar.

“Hmmn..entah lah. Jantung ana tiba-tiba je berdegup kencang.” Yusuf Al-Khair memberitahu.

“Aik! Lain macam je..hehehe” seloroh Al-Fadzri.

“Betullah. Takkan ana nak tipu plak” beritahu Yusuf Al-Khair.

“Jangan risaulah,takde apa-apa pun. Biasalah jantung kita berdegup. Kalau tak berdegup,innalillah la jawabnya” jawab Ammar.

“Tapi ana tak pernah rasa degupan seperti ini sebelum ni.” Yusuf Al-Khair memberitahu sahabat-sahabatnya itu.

“Nampak Solehah kot..hahaha” usik Al-Fadzri sambil matanya melirik ke arah tempat Solehah dan Sabariah duduk.

Yusuf Al-Khair dan Ammar berpaling melihat tempat yang dimaksudkan oleh Al-Fadzri itu.

“Ish..manada la. Merapu je enta ni” marah Yusuf Al-Fadzri,tapi dalam pada tu dia tersenyum malu bila di usik sedemikian rupa. Dia sebenarnya agak tertanya-tanya jugak,kenapa setiap kali Solehah berada berhampiran dengan dirinya,jantungnya secara automatik akan berdegup kencang.

“Adakah ini dinamakan……” Yusuf Al-Khair tersenyum sendiri,malu untuk dia meneruskan kata-katanya itu.

Dua orang sahabatnya itu saling berpandangan kemudian mengeleng-gelengkan kepala melihat perangai pelik yang dibuat oleh Yusuf Al-Khair itu. Yusuf Al-Khair buat tak tahu sahaja.


Asrama Siswi,Bilik B15,9.00pm

Solehah sedang duduk study didalam bilik,tiba-tiba dia didatangi oleh salah seorang adik PESATnya,Masliah.

“Assalamualaikum akak..” Masliah mengetuk pintu bilik Solehah sambil memberi salam.

“Waalaikumussalam..eh,Leang. Masuklah.” Pelawa Solehah sambil menghulurkan sebuah kerusi kepada Masliah.

“Akak busy tak?” Tanya Masliah.

“Buat masa ni tak lagi,kenapa Leang?” beritahu Solehah.

“Ana ada masalah kak. Boleh tak ana kongsi dengan akak?” Masliah bertanya.

“InsyaALLAH boleh. Akak kan fasi Leang,kalau Leang ada masalah jangan segan-segan datang jumpa akak.” Jawab Solehah sambil tersenyum.

“Hmmmn..macam ni akak. Aduh,macammana ana nak mulakan ye? Ana segan nak beritahu akak ni” Masliah memberitahu sambil cuba menahan daripada air matanya keluar.

“Tak pe,Leang ambil masa sekejap. Sementara tu akak buatkan air ye” Solehah bangun dan menuju ke ruang belakang.

10 minit kemudian…

“Dah bersedia?” Tanya Solehah sambil menghulurkan secawan Habbatus Sauda’ kepada Masliah.

“Dah” jawab Masliah lalu menerangkan semua masalahnya dari A-Z sambil menangis.
“Macam tu,akak faham sebab dulu akak pun ada masalah macam Leang juga. Alhamdulillah,sekarang akak da boleh kawal perasaan macam tu dengan bantuan ALLAH dan juga sahabat akak,Kak Sabariah.” Beritahu Solehah.

Dia memberi nasihat kepada Masliah,nasihat yang sama yang pernah diberikan oleh Sabariah kepadanya dulu.
Lebih kurang pukul 11.00pm, Masliah pun memohon untuk balik ke biliknya.


Asrama Siswa,Bilik B2,11.30

Yusuf Al-Khair baru sahaja selesai membaca Al-Quran,Ammar mendekatinya. Ammar ingin bertanya sesuatu kepada sahabatnya itu.

“Assalamualaikum,ya akhi” sapa Ammar.

“Waalaikumussalam,Am” jawab Yusuf Al-Khair sambil berpaling melihat sahabatnya itu.

“Ana nak tanya something,boleh?” tanya Ammar.

“Tafaddhal.” pelawa Yusuf Al-Khair sambil membetulkan duduknya.

“Ana harap enta jangan terasa hati dengan apa yang ana tanya ni” Ammar meminta izin.

“InsyaALLAH,tidak” jawab Yusuf Al-Khair sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

“Enta ada minat kat sape-sape ke kat kolej tu?” tanya Ammar.

“Kenapa enta tanya macam tu?” Yusuf Al-Khair bertanya kembali kepada Ammar. Dia pelik.

“Enta jangan la berselindung dengan ana. Kita da lama kenal,ana tahu enta sedang menyimpan perasaan dengan seseorang,beritahulah ana.” Ammar berkata.

“Hmmn..ye..memang ana ada menyimpan perasaan dengan seseorang. Student diploma UTM” beritahu Yusuf Al-Khair.

“Enta tahu kan Pak Cik Rosdi melarang kita untuk bercouple,ia di namakan zina hati da ni” marah Ammar,dia tidak menyangka Yusuf Al-Khair,orang yang begitu di hormatinya boleh kalah dengan godaan seorang wanita.

“Ana tahu tu. Tapi ana tak bercouple dengan dia,dan dia pun tidak tahu bahawa ana meminati dia. Adakah ia satu dosa bila kita da jatuh hati pada seseorang itu kerana agama yang ada pada dia? Tanya Yusuf Al-Khair cuba membetulkan persepsi Ammar padanya.

“Tak,tapi bila hati kita da mula menyimpan perasaan terhadap seseorang dan membuatkan kita leka ia boleh mengakibatkan timbulnya titik-titik hitam di hati. Enta sedar tak tu?” terang Ammar.

“Ana sedar. Tapi apa yang perlu ana buat? Setiap kali ternampak atau dia lalu di sebelah ana jantung ana akan berdegup kencang. Ana da cuba kikis perasaan tu sebab ana tahu ana tak layak untuk dia” Yusuf Al-Khair menerangkan kepada Ammar sambil menahan rasa di hati. Dia malu sebenarnya,malu kepada ALLAH dan juga Ammar.

“Ana faham. Kalau enta berharap sangat dengan dia,enta guna lah cara yang di redhai ALLAH. Enta masih ada parents lagi,so..” Ammar menerangkan.

“So?” tanya Yusuf Al-Khair,betul-betul tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Ammar .

“Aduh,tu pun nak ana ajar ke? Hmmmn” geram Ammar dengan pertanyaan bodoh dari Yusuf Al-Khair itu.

“Apa dia? Ana betul-betul tak faham” tanya Yusuf Al-Khair bersungguh-sungguh.

“Khitbah dia sebelum terlambat” bersahaja Ammar memberitahu.

“Biar betul?” bulat mata Yusuf Al-Khair mendengar cadangan dari rakannya itu.

“Betullah. Kenapa pulak?” hairan dengan persoalan Yusuf Al-Khair.

“Dia sesuai dengan ana ke? Sudi ke dia dengan lelaki seperti ana ni?” Yusuf Al-Khair meminta kepastian.

“Sebaik-baiknya minta nasihat dari Pak Cik Rosdi dulu,lepas tu buat solat istikharah” cadang Ammar.

“Betul juga” Yusuf Al-Khair menganggukkan kepalanya.

“K la,ana nak tidur ni. Esok ada kelas tafsir pukul 8.00am. Assalamualaikum.” Ammar berlalu meninggalkan Yusuf Al-Khair sendirian.

“Waalaikumussalam” jawab Yusuf Al-Khair. Dia duduk sebentar sambil termenung.

“Hmmmn..Ya ALLAH,adakah Solehah sesuai untuk ana? Jika ya,Engkau satukanlah hatinya dengan hati ana ni. Jika tidak,Engkau jauhkanlah bayangannya dari hati ana dan kehidupan ana. Amin.” Doa Yusuf Al-Khair di dalam hatinya.

4 Bulan kemudian….

Asrama Siswi,Bilik B15,10.00am

Pagi itu Solehah baru sahaja selesai melipat kain baju dan mengemasnya ke dalam almari,5 minit kemudian dia mendapat panggilan telefon dari umminya.

“Assalamualaikum,sayang. Apa khabar?” tanya umminya sebaik sahaja panggilan berjawab.

“Waalaikumussalam,ummi. Alhamdulillah ana sihat,ummi,abi dan adik-adik lain apa khabar?” Solehah bertanya.

“Alhamdulillah,kami semua disini sihat wal’afiat. Sayang jangan risau. Ummi ada benda nak cakap dengan sayang ni” Jawab umminya.

“ Owh,apa dia ummi?” tanya Solehah.

“Ada seorang pemuda dan keluarganya telah datang ke rumah semalam. Mereka ada hajat besar,dan hajat tu hanya Leha je yang boleh bagi kata putus.” Beritahu umminya.

“Errr..maksud ummi?” jantung Solehah berdegup kencang.

“Solehah,ada seseorang yang ingin menyunting Leha.” Umminya berkata.

“Siapa ummi?”bulat mata Solehah.

“Rakan sekolej Leha gak. Nampak macam warak dan baik je ummi tengok” jawab umminya sambil tersenyum.

“Hmmn..tapi ummi,Leha tak sedia lagi. Leha nak sambung belajar lepas ni” Solehah memberitahu umminya.

“Ummi faham sayang,abi da beritahu perkara tersebut kepada pemuda tu. Dan pemuda tu faham. Dia takkan halang cita-cita Leha tu malah dia sanggup menanggung pengajian Leha tu nanti.” Jelas umminya.

“Ummi..” Solehah serba-salah.

“Ye sayang” sahut umminya.

“Hmmn..ummi dan abi berkenan ke?” tanya Solehah.

“Kalau ikutkan ummi dan abi,kami berkenan dengan dia. Lagipun pemuda tu merupakan sahabat baik Sabariah,so ummi yakin bahawa pemuda tersebut baik untuk Leha.” Umminya berkata.

“Sahabat Sabariah?” Solehah hairan.

“Ya,Sabariah yang membawa family pemuda tu ke sini. Sabariah ada bagitahu ummi bahawa sahabatnya itu da lama berkenan dengan Leha cuma pemuda tu tak nak menyimpan perasaan pada seorang perempuan yang tak sah untuk dirinya lagi sebab tu pemuda tu datang merisik Leha. Macammana?” tanya umminya.

“Kalau baik untuk ummi dan abi,maka baik jugalah untuk Leha. Tapi sebelum tu biarlah Leha buat solat istikharah dulu” Solehah mengalah. Andai pemuda tersebut telah ditakdirkan ALLAH untuk menjadi jodohnya,dia redha.

“Baiklah,minta petunjuk daripada ALLAH. Andai dia bukan jodoh Leha,ummi dan abi menurut sahaja sebab yang berkahwin itu adalah Leha bukan ummi..hehehe.” nasihat umminya.

“Terima kasih ummi.” Solehah berkata.

“Sama-sama. Ok la sayang ummi nak masak ni,si kecil Qis tengah lapar tu”

“Owh,baiklah ummi. Kirim salam sayang pada semua. Assalamualaikum”

“InsyaALLAH,waalaikumussalam” talian dimatikan.

Solehah terpaku seketika. Dia mengeluh.

“Cepat sangat jodoh ana sampai. Eh,kena tanya Sabariah ni” Solehah bergegas memakai jilbabnya lalu keluar menuju ke bilik Sabariah.

Bilik B10,11.15am

Sabariah tidak terkejut melihat kedatangan sahabatnya itu kerana dia tahu apa tujuan kedatangan Solehah ke situ. Selepas memberikan secawan Habbatus Sauda’ kepada Solehah,Sabariah memulakan bicaranya.

“Macammana ya sohabati?” tanya Sabariah sambil tersenyum.

“Bolehlah,manis gak. Pandai enti buat air..hehehe” jawab Solehah tanpa memahami maksud kata-kata dari Sabariah itu.

“Aduh,ana tak maksudkan pasal air tu bah. Ana tanya pasal sahabat ana tu,macammana? Berkenan tak?” Sabariah bertanya.

“Owh,pasal tu. Hmmn..ana datang ni pasal tu la. Apsal tak tanya ana dulu?” geram Solehah.

“Ala..janganlah marah. Lagipun sahabat ana tu beria nak datang rumah enti,enti bertuah tau sebab dia pilih enti dan bukan ana..hehehe” usik Sabariah.

“Aik! Kenapa pulak? Enti berkenan dengan dia ke?” tanya Solehah. Hairan.

“Memang berkenan,tapi dia tak berkenan dengan ana..hahaha” usik Sabariah lagi.

“Laa..kalau enti mahu,ana boleh beritahu dia yang enti berkenan dengan dia” ujar Solehah,agak serius.

“Ish..tak de la,ana bergurau je. Lagipun family dia tak berkenan dengan orang Sabah,jauh bah. Banyak kos pulak tu bila nak buat walimah. Lain la kalau dengan enti,sama-sama dari semenanjung,murah sikit.” Beritahu Solehah.

“Ana nak tanya,dia tu ok ke? Macammana boleh jadi sahabat enti? Tanya Solehah.

“Panjang cerita dia” Sabariah berkata.

“Ala..pendekkanlah.” Solehah merengek.

“Aiyo..kami kenal melalui YM la. Time tu ana menjalankan misi dakwah ana dalam YM sebelum beralih kepada blog. Apapun ringkasnya,dia baik dan sesuai untuk enti la. Sesuai gitu” Sabariah menjelaskan sambil tersenyum.

“Yakah? Cerita la latar belakang dia sikit.”

“Aik! Berkenan ke?” Sabariah bertanya.

“Ana just nak tahu serba sedikit pasal dia je. Tu pun tak boleh ke?” Solehah mencebik.

“Boleh. Dia anak kedua daripada 5 orang adik beradik,berasal dari Pahang. Dekat je dengan tempat enti,so kalau nak raya,tak yah bertelingkah..hehehe” Sabariah menjelaskan.

“Owh..hmmmn..biar ana buat solat istikharah dulu la ye” Solehah berkata.

“Ok bah. Tapi kan ana doakan semoga enti dan dia ada jodoh..amiiiin” Doa Sabariah sambil mengenyitkan mata.

“Yola. Da tu enti plak bila?” Solehah pulak mengenakan Sabariah.

“Ana..hmmn..lepas Leha kot..hahahaha”


Bersambung…

Rabu, 19 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 4)




Seminggu Kemudian..

Kolej Teknologi Darulnaim,bilik kuliah DKA,5.30pm

Solehah cuba untuk melupakan Muadz. Tetapi setiap kali dia cuba berbuat sedemikian rupa,bayangan Muadz pasti akan menghantui dirinya sehinggakan pernah terlintas dihatinya untuk menemui Muadz dan merayu untuk bersama kembali. Tetapi setiap kali Solehah cuba berbuat demikian,pasti bayangan Kak Zah dan Kak Mariyah muncul.
“Ayang rindukan abang” tiba-tiba terpacul ayat itu dari mulutnya,tetapi cepat-cepat Solehah beristighfar.
“Astagfirullahalazim,apa yang ana kata ni” Solehah memarahi dirinya. Dia kalau boleh tak nak berfikir langsung mengenai Muadz,dan dia ingin membuang Muadz jauh dari fikirannya. Tetapi Solehah insan biasa,tidak terlepas dari godaan syaitan durjana. Petang itu,dia menghantar mesej kepada Muadz.
“Assalamualaikum abang,ayang rindukan abang. Kalau abang tak cintakan ayang,bagilah ayang yang cintakan abang. Ayang betul-betul tak leh lupakan abang. Tolonglah abang. Ayang merayu…”
Solehah terus menghantar mesej tersebut sambil air matanya mengalir. Dia berharap sangat agar Muadz sudi menerimanya kembali. Dia sanggup melakukan apa sahaja agar Muadz kembali kepadanya.

Sebaik mendengar bunyi mesej masuk,Muadz terus mencapai telefon bimbitnya dan membaca mesej tersebut.
“Haaa..tahu pun. Berlagak nak mampus,ingat diri tu lawa dan baik sangat ke. Eih..nak balas apa ye..hmmmn “ Muadz bercakap sendirian sambil tangannya lincah menaip sesuatu.
“Waalaikumussalam,hang ni tak reti bahasa ke?? Aku dah tak nak dengan kau lah! Pergilah cari lelaki lain,lelaki yang boleh menjaga maruah diri kau tu! Aku dah ada makwe baru dan bakal jadi calon isteri aku. Faham tak???”
Mesej dihantar.
Solehah menangis membaca mesej tersebut. Dia menaip lagi.
“Tapi abang dah janji akan bersama dengan ayang untuk selama-lamanya,kenapa nak mungkiri pulak..? Jangan nak jadi munafik pulak. Tolonglah abang..jangan tinggalkan ayang. Ayang tak boleh hidup tanpa abang. Tolonglah!!!!!!”
Muadz membalas mesej Solehah dengan perasaan geram sekali. Jika Solehah berada di depannya sekarang,pasti gadis tersebut dilempangnya.
“Kau ni tak sedar diri lah! Eih betina! Aku tak nak dengan kau lah! Kau tak faham ke??? Aku langsung da takde apa-apa perasaan dengan kau lagi. So please..don’t disturb me ok!

Mesej tersebut dihantar,kemudian cepat-cepat Muadz mematikan telefonnya. Dia benar-benar tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi dengan Solehah. Dia telah membuang perasaan tersebut ketika Solehah tidak mengikut kehendak hatinya tempoh hari. Dalam erti kata lain,dia begitu benci dengan Solehah (Kalau difikirkan balik,macam tak logik pulak alasan Muadz tu..hmmmn..lelaki..waktu tak dapat,terhegeh-hegeh sangat. Bila da dapat,biar macam tu je..). Selepas melihat mesejnya tidak berbalas,Solehah terus mendail nombor telefon Muadz,tetapi hampa. Lelaki tersebut telah mematikan telefonnya.
“Sampai hati abang” rintih Solehah. Dia tak dapat menahan lagi air matanya,dia terus menangis teresak-esak dan ini di sedari oleh salah seorang sahabatnya,Sabariah yang berasal dari Sabah.
“Assalamualaikum ya sohabati,limadza? Tanya Sabariah sambil memaut bahu sahabatnya itu,dia tahu bahawa sahabatnya itu sedang berada dalam kesusahan.
“Waalaikumussalam. Eh,Sabariah. Bantu ana Sabariah. Muadz tak nak dengan ana da,apa yang patut ana lakukan? Ana begitu mencintai dan menyayangi dirinya.” Solehah memberitahu sahabatnya itu sambil menangis.
“Hmmmn..masalah dengan Muadz la ni ye. Ya sohabati,ada ramai lagi lelaki yang baik-baik di luar sana. Lelaki yang menjaga sahsiah dan tutur katanya. Kenapa enti masih mendambakan lelaki seperti Muadz? Bukan ana nak marah enti,tapi terus terang ana katakan ana tak berapa suka enti bersama dengan Muadz. Dia tak sesuai untuk enti. Memang tak dapat di nafikan bahawa setiap insan yang bergelar wanita didunia ini meginginkan kasih sayang daripada seorang lelaki,tapi kita kena fikir adakah layak insan itu mendapat kasih sayang daripada kita? Layak jika dia halal bagi kita. Tapi dalam kes enti ni,Muadz tak layak mendapat kasih sayang yang telus daripada enti. Sebab apa? Sebab dia tak menghargai langsung kasih sayang enti tu. ” kata Sabariah.
Solehah terkedu seketika. Dia betul-betul terasa bahawa ada kebenarannya kata-kata Sabariah itu,dia beristighfar. Begitu bodoh dirinya kerana memberikan kasih sayangnya kepada Muadz.
“Enti ok ke? Ana bukan nak marah enti,tapi ana tak suka enti begitu berlebih-lebihan dalam hal mencintai Muadz. Dia tak layak,Solehah. Percayalah. Ada lelaki yang jauh lebih baik dari dia yang menantikan enti. Apa yang penting sekarang,enti labuhkan cinta enti tu pada Yang Maha Esa. DIA yang lebih layak. Pasal jodoh tu enti jangan risau,insyaALLAH,DIA akan bagi yang terbaik untuk enti” tambah Sabariah lagi.
“Ana tahu tu Sabariah. Tapi entah kenapa hati ana ni asyik memikirkan dia je,ana da cuba buang perasaan tu tapi tetap tak leh gak. Hmmmn..” Solehah tertunduk malu.
“Enti boleh. Percayalah cakap ana.” Pujuk Sabariah sambil memegang erat bahu sahabatnya itu.
“Sabariah,ada tak lelaki soleh yang mendambakan ana?” Tanya Solehah. Sabariah memandang wajah redup sahabatnya itu sambil tersenyum.
“InsyaALLAH Solehah. Yakinlah dengan ketentuan ALLAH,sesungguhnya lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. Yang penting kita jaga hubungan kita dengan ALLAH.” Jawab Sabariah.
“Ana baik ke?” Tanya Solehah lagi.
“Enti lah sahabat terbaik ana” jawab Sabariah.
“Betul ke?” Solehah meminta kepastian.
“Ya sohabati,tiada manusia di dunia ini yang terlepas dari membuat kesalahan,kita bukan dari kalangan Nabi yang memiliki sifat maksum. Tapi kalau kita ikhlas berubah dan bertaubat kerana ALLAH,insyaALLAH diri kita umpama kain yang putih bersih tanpa pernah melakukan dosa.” Sabariah menambah lagi cuba meyakinkan sahabatnya itu.
Petang itu Solehah berasa sangat tenteram dan bahagia kerana mendapat satu nasihat yang begitu bermakna dalam hidupnya,dia bertekad untuk melupakan Muadz. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Dia yakin dia akan mendapat jodoh yang lebih baik dari Muadz. Tanpa di sedari,ada seseorang yang asyik memandang dirinya dan sahabatnya itu dari tadi.

“Alangkah bahagianya lelaki yang pernah memilki kasih dan cinta darimu Solehah. Ana berharap sangat agar dapat menjadi pendamping hidup mu untuk selama-lamanya,fid duniya wal akhirah. Ana tahu enti telah tersasar sedikit,dan kalau ALLAH izin,ana ingin menjadi pembimbing enti. ” lelaki itu berbisik sendirian lalu meninggalkan bilik kuliah tersebut.
Dia telah menyimpan perasaan pada Solehah ketika masih berada di tingkatan 4 lagi. Dia begitu bangga melihat kepimpinan Solehah dalam mengendalikan sesuatu program halaqat bersama adik-adik dan para sahabat. Selain itu sifat lemah lembut,sopan-santun dan berbudi pekerti Solehah lah yang membuat dia jatuh hati. Tapi dia tidak akan sesekali meluahkan perasaan cintanya itu kepada Solehah,kerana kalau boleh dia ingin terus menyunting Solehah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya nanti. InsyaALLAH.




Mesti nak tahukan siapa lelaki tersebut..nanti lah ana sambung lagi….nak bagi suspen dulu..hehehe

Isnin, 17 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 3)



Hmmmn..ana tak sangka plak bahawa cerita Mendamba Tarbiyah ni ramai yang baca sehinggakan ada yang hantar mesej dan call ana tuk tahu sambungan cerita yang seterusnya. Terima kasih banyak ye..hehehe..semoga cerita ini dapat dijadikan pengajaran. Ok ana mulakan........

Bagi Solehah walaupun dia begitu mencintai Muadz tetapi dia tidak akan membenarkan lelaki tersebut untuk menyentuh dirinya,tidak sekali-kali. Muadz berang melihat Solehah,angan-angan yang dia pasang semalam untuk berjalan sambil berpegangan tangan dengan Solehah berkecai serta merta.

"Ayang sayangkan abang kan?" Muadz cuba memancing Solehah dengan kuasa cintanya.

"Ya,memang ayang sayangkan abang. Tapi sayang ayang takde lah sampai sanggup
menggadai maruah ayang kat lelaki yang tak halal untuk ayang" balas Solehah.

"Menggadai maruah??? Abang tak minta benda yang bukan-bukan pun,just nak
sentuh tangan je. Dah la kalau tak nak!!! Ingat aku nak sangat ke pegang tangan
hang!" geram Muadz lalu berlalu meninggalkan Solehah.

"Abang" panggil Solehah. Tapi Muadz tetap juga meneruskan perjalanannya tanpa mempedulikan panggilan Solehah.

Berbalik kepada peritiwa tadi,Solehah menundukkan pandangannya ke lantai. Dia tidak dapat membendung lagi air matanya,dia terus menangis. Dia tidak menyangka Muadz akan berubah dalam sekelip mata dan sesingkat itu. Dia juga tidak menyangka bahawa Muadz yang di kenalinya sebelum ini sebagai seorang lelaki yang lemah lembut dan romantik boleh berubah sebegitu rupa.

Solehah tiba-tiba merindukan kedua orang tuanya,pantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon umminya.

"Assalamualaikum, ummi" tanya Solehah sebaik sahaja panggilan diangkat.

"Waalaikumussalam sayang. Sihat ke? Kenapa suara Leha lain macam je,demam ke?
tanya Puan Fatimah apabila terdengar suara Solehah.

"Takde lah ummi,Leha sihat." jawab Solehah dengan suara di tahan-tahan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia merindui ummi kesayangannya itu.

"Betul ke sayang? Kalau sakit,Leha jumpalah doktor ye sayang. Takut melarat
pula" nasihat umminya itu.

"Ye ummi,Leha akan pergi. Ummi sihat? Abi dan adik-adik yang lain macammna?" Tanya Solehah.

"Alhamdulillah,semua sihat. Abi takde kat rumah sekarang ni,masih kat tempat kerja. Wardina,Hasanah dan Balqis ada di sekolah. Si kecil Maryam Qistina ni pulak tengah tidur" beritahu umminya.

"Ya ke? Mesti comel..hehehe..Dah lama Leha tak jumpa ummi,abi dan adik-adik. Ermmn..Kak Warah dan kak Mida apa kabar ummi? Dah lama Leha tak dengar kabar dorang."

"Alhamdulillah dorang sihat,Kak Warah baru je call ummi tadi."

Selepas lebih satu jam Solehah bercakap dengan umminya,Solehah pun memohon untuk meletakkan telefon kerana ada kuliah lagi yang perlu dia ikuti. Dalam pukul 5.00pm barulah dia balik ke asrama.

Asrama Siswa,Bilik A4,11.00pm

Muadz di bilik berasa sangat geram kerana dari tadi dia menunggu panggilan dari Solehah dengan harapan gadis tersebut meminta maaf dengannya,walaupun dia tahu bahawa Solehah tidak bersalah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi mesej.

"Haaa..tahu takut. Mesti Solehah ni" bisik Muadz.

"Aiman..Hmmmn..ingatkan Solehah tadi" Muadz kecewa kerana mesej tu bukan dari Solehah. Muadz dengan keegoannya terus menaip mesej dan menghantarnya kepada Solehah.

"Assalamualaikum..ana nak bagitau disini. Dan ana harap enti tabah dan sabar menghadapinya KITA PUTUS!!! MUKTAMAD DARI ANA!! LUPAKAN ANA!

Terus mesej itu dihantar ke nombor Solehah.

Asrama Siswi,Surau,12.00am

Solehah duduk disamping Kak Zah dan kak Mariyah didalam surau sambil menangis teresak-esak. Dia berasa sungguh tenang apabila dapat meluahkan dan berkongsi masalah dengan kedua-dua warden yang di hormatinya itu.

"Ukhtiku,sabar ye sayang. ALLAH sayang kat adik,sebab tu ALLAH uji adik dengan dunia percintaan. Tapi pesan akak disini,adik kena kuat. Jangan sekali-kali kalah dengan godaan syaitan dan kecundang dengan kata-kata manis lelaki. Serahkan cinta adik tu pada yang selayaknya, cinta kepada ALLAH dan RasulNya. Jika adik jaga hubungan adik dengan ALLAH,insyaALLAH,Dia akan berikan yang terbaik untuk adik. Seorang yang boleh pimpin adik,mencintai dan menyayangi adik setulus hati kerana ALLAH. Percayalah adikku." kata kak Zah cuba membangkitkan kembali semangat Solehah.

"Betul tu Solehah,jangan risau akan jodohmu. InsyaALLAH akan ada yang terbaik dari dia,jika tidak di temukan di dunia,insyaALLAH di syurga sana. Yakinlah" kak Mariyah pun memberi nasihat yang sama kepada Solehah.




Hmmmnnn..sambung lain ye..ana nak buat assgmnt dulu..kih kih kih...sabaq noh..

Khamis, 13 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 2)


Hmmn..ana sambung ye..Berhenti kat mana semalam..? Owh..pasal Solehah terkena kejutan budaya tu ye.

Dengan ketentuan ALLAH,Solehah mendapat 1 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang siswi dan 2 orang siswa. Awal perkenalan diantara mereka,tidak berlaku sedikit kemesraan di kalangan mereka maybe masing-masing ada sifat malu dan segan,maklumlah ini adalah kali pertama Solehah membuat assignment bersama lelaki. Secara tiba-tiba...

"Hmmn..sape nama anti berdua ni dan berasal dari mana?" Tanya Muadz,salah seorang rakan sekumpulan Solehah.

"Nama ana Aisya Humaira dan ana berasal dari sini Kelantan. Dan ini sahabat ana nama dia Solehah berasal dari negeri Terengganu" Jawab Aisya Humaira,sahabat dan juga ahli kumpulan Solehah.

"Owh..hmmn..nama ana Muadz dan ini sepupu ana Aiman. Kami berdua ni berasal dari negeri Perlis" Jawab Muadz memperkenalkan diri dan sahabatnya.

"I see,hmmn..ana harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik" Kata Aisya Humaira.

"Ana lihat dari tadi Solehah asyik senyap je. Tak suka dengan pembahagian kumpulan ni ke? Muadz menduga.

"Eh,takde la.Hehe..ana tak tau nak cakap pe. Maaf ye" Jawab Solehah.

Itu lah suara pertama yang Muadz dengar dari mulut Solehah,dari seorang gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya bermula dari minggu orientasi dahulu.Hatinya begitu gembira sekali kerana dia dan Solehah di tempatkan dalam satu kumpulan dan course yang sama. Solehah merupakan wanita yang pertama berjaya mengetuk pintu hati Muadz kembali selepas Muadz di kecewakan oleh kekasih lamanya dulu. Bagi Muadz,Solehah adalah satu sinar yang telah di kirimkan ALLAH untuk menerangi kegelapan dan kesunyian dalam dirinya. Sebelum bersurai daripada kelas,Muadz telah mengambil kesempatan untuk meminta nombor telefon Solehah tetapi dengan menggunakan alasan bagi memudahkan perbincangan ataupun berkongsi bahan rujukan untuk assignment mereka itu.

“Solehah kalau boleh ana nak kita semua ni saling bertukar-tukar nombor telefon.Yela,senang sikit nak kita bercontactkan.Cepat sikit assignment kita siap” kata Muadz kepada Solehah.
“Hmmnn..betul juga tu Adz. Ana sokong,sekurang-kurangnya kita takde la jumpa selalu dengan mereka kan.Dapat elakkan fitnah orang” sokong Aiman.
Terdengar sahaja kata-kata dari Aiman tadi,Muadz jadi tak keruan.
“Ana takkan jumpa dia selalu….hmmmn,susah ni ” Muadz bermonolog sendiri.
“Betul tu,ok ni no telefon ana” kata Aisya sambil tangannya mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu di atas sehelai kertas kemudian mengedarkannya kepada yang lain.
Sebaik sahaja helaian kertas tu sampai di tangan Muadz,dia terus menyimpan nombor telefon Solehah ke dalam handsetnya. Dengan hati yang berbunga-bunga,Muadz pun keluar dari bilik kuliah dan terus balik ke asrama.
“Ana akan mencuri hati mu wahai Solehah” Muadz berkata sendirian sambil tersenyum.

Asrama Siswi,bilik A16,11.oopm.

Solehah yang sedang baring di atas katil sambil membaca nota Psikologi tiba-tiba di kejutkan dengan bunyi mesej.
“Aik! Sape plak hantar mesej ni” kata Solehah sambil jarinya menekan keypad telefon bimbitnya.
“M U A D Z.. Owh..ada apa plak mamat ni hantar mesej malam-malam ni” bisik Solehah.
“Assalamualaikum Solehah,da tdo ke? Duk wat pe la ni? Hmmn..ana sebenarnya nak berkawan dengan enti,dengan kata yang lebih mudah lagi,ana nak jadi sahabat enti. Boleh ke?”
“Nak jadi sahabat ana? Kenapa plak tiba-tiba ni..? Takpe la,sahabat je ” Solehah berkata sendiri.
“Waalaikumussalam..ana xtdo lagi,ni tengah duk study Psikologi. Kalau nak jadi sahabat ana tu boleh juga. Tapi jangan melebih-lebih plak” Balas Solehah.
“Ok” Jawab Muadz dengan hati yang girang.
Bermula daripada malam tu,akhirnya Solehah dan Muadz pun menjadi sahabat baik. Tetapi Muadz tetap tidak berpuas hati kerana jauh di sudut hatinya dia ingin Solehah menjadi suri di dalam hatinya,setiap kehendak dan keinginan Solehah dia akan cuba untuk penuhi walaupun Solehah tidak pernah meminta pada Muadz. Bagi Muadz,dia akan cuba membahagiakan Solehah walaupun Solehah langsung tidak menunjukkan apa-apa perasaan pun pada dirinya kerana padanya hati Solehah akan cair juga cuma menunggu sedikit masa sahaja. Satu malam Muadz menelefon Solehah..
“Assalamualaikum” kata Muadz.
“Waalaikumussalam” balas Solehah.
“Duk buat pe?” Tanya Muadz dengan perasaan di hati agak berdebar-debar,kerana malam ni Muadz bertekad juga untuk meluahkan perasaannya pada Solehah. Andai Solehah menolak,dia akan berhenti daripada kolej tu dan memohon untuk masuk ke kolej lain,itulah kata putus yang di buat oleh Muadz.
“Ana tidak buat apa-apa. Ada apa tiba-tiba call ni? Muadz ada masalah ke?” Solehah bertanya,tetapi entah kenapa hatinya tiba-tiba berdebar kencang. Seolah-olah ada satu perasaan yang timbul di hatinya apabila mendengar suara lelaki yang dikatakan sahabatnya itu. Dia tersenyum sendiri.
“Er..sebenarnya ana..errrr..nak cakap macamana ye..? Ana susah nak cakap. Hmmmn..malu pun ada” Muadz membalas.
“Malu? Eh,pasal pe plak? ” degupan jantung Solehah semakin kencang,seolah-olah dia dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Muadz.
“Ana sebenarnya da jatuh hati kat seseorang. Tetapi ana tak tahu nak luahkan macammana kat dia” Muadz cuba berkias.
“Laa..yakah? Waaa..siapa perempuan bertuah tu?” Tanya Solehah dengan perasaan yang kecewa sekali. Memang dia menyimpan perasaan pada Muadz,cuma dia malu untuk menyatakan. Kini lelaki yang telah berthakta dihatinya itu rupa-rupanya ada menyimpan perasaan pada orang lain. Tiba-tiba hatinya terasa sebak.
“Seseorang yang ana kenal rapat. Hehehe..aduh,macammana ya nak terang kat enti ni. Enti jangan marah tau,dan ana harap enti jangan benci kat ana.” Kata Muadz.
“Nak marah kat enta pasal apa plak? Ana takkan marahlah kalau takde sebab. Kenapa,ana kenal ke perempuan tu?” Tanya Solehah. Difikirannya sekarang adalah Aisya Humaira,sahabatnya yang seorang tu.
“Yup. Enti kenal dengan dia. Hehehe.. Enti rasa macammana? ” Tanya Muadz.
“Bagi ana,ana tak kisah kalau Aisya berkenan. Itu hak dia.” Jawab Solehah,sambil menahan rasa sedihnya.
“Aik! Apa kaitan dengan Aisya plak?” Muadz semakin hairan.
“Bukankah Muadz da jatuh hati kat Aisya,so ana tak leh kata apa la. Kalau Aisya berkenan dengan Muadz,ana ok je.” Jawab Solehah.
“Aduh,enti tak faham lagi la ni. Letih ana bercakap dari tadi. Hmmnn… ” Muadz kecewa kerana dia menyangka Solehah telah dapat menangkap apa yang dia cuba katakan tadi.
“Salah ke? Maaf. Ana tak tahu. Dah tu enta da jatuh hati kat sape?” Solehah bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
“Ana da jatuh hati kat…..”
“Kat sape?” desak Solehah.
“Kat……”
“Eih..kat sape???” bentak Solehah.
“Aik! Enti marah ke?” Muadz terkejut dengan perubahan Solehah.
“Ana tak marah,tapi geram tau tak. Cakaplah sape?”
“Geram pasal apa?” Muadz pura-pura bertanya tapi jauh di sudut hatinya dia tahu bahawa Solehah juga tengah menyimpan perasaan pada dirinya,dia dapat membayangkan bagaimana rupa Solehah pada masa ini. “Mesti cute” Desis hatinya.
“Takde la. Kalau enta tak nak bagitahu,ana letak fon ni.” Geram Solehah dengan persoalan Muadz sebentar tadi.
“Owh..ok-ok. Hmmn..Leha jangan marah ye. Ini ikhlas dari hati ana,ana da jatuh hati kat enti. Dari awal perkenalan lagi ana memang da menyimpan hasrat untuk menjadikan enti sebagai suri didalam hati ana” Luah Muadz.
Solehah senyap. Dia tergaman. Dia seolah-olah tidak percaya mengenai apa yang dia dengar sebentar tadi. “Muadz jatuh hati kat ana?” hatinya bertanya. Tiba-tiba sahaja dia berasa satu kelainan didalam hatinya. Gembira. Ya,itulah yang dia harapkan dari tadi.
“Solehah? Enti ok ke?” Tanya Muadz. Dia jadi risau. Tiba-tiba matanya berair.
“Hello?” tiada jawapan.
“Solehah,jangan buat ana takut. Jawablah. Please…” Muadz tidak dapat mengawal lagi air matanya. Dia begitu menyayangi gadis kelahiran Terengganu itu. Tiba-tiba…
“Muadz,terima kasih sebab da jatuh hati kat ana. Ana pun sebenarnya da menyimpan perasaan yang sama pada enta sejak awal persahabatan kita lagi,tapi ana malu nak menyatakannya. Tapi malam ni ana terkejut kerana ana tak menyangka bahawa enta juga ada menyimpan perasaan yang sama pada ana. Terima kasih banyak ” Jawab Solehah dengan linangan airmata.
“Maksudnya enti terima cinta ana?” Tanya Muadz seolah-olah tidak dapat mempercayai apa yang di dengarnya tadi. Gembira,itulah perasaan yang dia rasa ketika ini. Air matanya tadi cepat-cepat di lap bagi mengelakkan Solehah terdengar.
“Ye” jawab Solehah sambil tersenyum.
“Aaaa..Alhamdulillah. terima kasih banyak Solehah. Ana benar-benar cintakan enti setulus hati ana.” Muadz menjerit kegembiraan hinggakan Aiman yang berada di katil bawah terkejut.
“Ana pun sama. Ok la,ana nak tidur ni. Esok ada kelas Psikologi. Selamat malam dan assalamualaikum”
“Ok. Selamat malam sayang,waalaikumussalam” jawab Muadz dengan hati yang berbunga-bunga.
Malam itu Solehah payah nak tidur. Mengiring ke sebelah kanan,terbayang wajah Muadz,sebelah kiri pun sama juga. Solehah tersenyum sendiri.
”Alahai..indahnya” hatinya berbisik.
Selama 7 bulan percintaan mereka,Solehah berubah hampir 100%. Dengan kawan-kawan lain pun dia tak nak bertegur,apa yang ada di hatinya sekarang adalah Muadz,Muadz dan Muadz. Setiap hari yang dilalui Solehah terasa begitu indah hinggakan pelajarannya terabai,dan ini disedari oleh P.A (Penasihat Akademik)nya,Cik Syuhada.
“Ana lihat keputusan enti semakin hari semakin teruk,apa yang telah terjadi pada enti ni Solehah? Enti tak study ke?” Tanya Cik Syuhada pada Solehah selepas kelas Perniagaan selesai.
“Err..ana study,tapi entah lah nape lecture tu ajar macam lain je. Bukan macam sebelum ni.” Solehah cuba berdalih. Tetapi hakikatnya dia sendiri tahu bahawa sejak dia bercinta dengan Muadz,dia tidak pernah menatap atau membuat sebarang nota pun. Apa yang selalu dia buat adalah main mesej dan keluar berjalan bersama dengan Muadz.
“Lain macammana? Ana tengok rakan-rakan enti yang lain,pointer semakin meningkat je” balas Cik Syuhada.
“Dorang memang terror cik. Hmmmn..ana ni memang lambat nak tangkap apa yang lecture ajar.” Solehah cuba untuk membela dirinya.
“Tak pe la,apapun enti kena tingkatkan pointer enti sem ini. Boleh?”
“InsyaALLAH cik,ana akan usahakan” ucap Solehah.
Selepas berjumpa dengan Cik Syuhada,Solehah terus menghubungi Muadz.
“Assalamaualaikum..abang kat mana?”
“Waalaikumussalam..dalam bilik”
“Tak pergi kelas ke?”
“Malaslah,abang penat ni. Ayang je la pergi,salin nota dan nanti bagi abang ,ok?”
“Apalah abang ni,asyik-asyik ayang je yang kena salin nota untuk abang. Tak malu ke? Abang tu lelaki,takkan nak harap dengan perempuan pula!” Solehah membalas kata-kata Muadz dengan kasar sekali. Tak pernah dia bercakap sekasar itu dengan Muadz sepanjang menjadi teman wanita Muadz.
“Hoi, betina!!! Mulut hang baik-baik sikit ya! Lempang kang!”
Talian diputuskan. Solehah termangu. Ini kali kedua Muadz bercakap kasar dengan dia selepas peristiwa Solehah tidak mengikut kehendak Muadz untuk memegang tangannya. Kejadian ini berlaku pada petang Rabu di pusat membeli-belah yang terkenal di Kelantan,KB Mall. (nak promosi KB Mall plak..hehehe)
“Ala,pegang tangan je sayang. Abang bukan nak buat apa pun,lagipun abang akan khawin dengan ayang gak. Jangan lah malu-malu. Mari.” Desak Muadz. Keinginannya untuk menyentuh jari mulus Solehah begitu meluap-luap.
“Ish..apa lah abang ni. Tak elok la macam tu,kita tak halal lagi. Mana boleh bersentuh-sentuhan. Tunggu kita dah jadi suami isteri la baru abang boleh sentuh ayang.” Solehah cuba berdalih.
“Lambatlah sayang,marilah. Jangan risau,takde sapa yang nampak. Lagipun takde sapa gak yang kenal kita.” Muadz berusaha memujuk Solehah sambil tangannya cuba memaut jari Solehah. Tapi Solehah cepat-cepat menyembunyikan tangannya didalam poket seluarnya.