? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 23 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 5)



2 tahun kemudian..

Tahun Ketiga,Sem 5.

Dewan At-Thaqafi,11.00am.

Kelihatan Solehah sedang bergerak keluar meninggalkan bilik kuliah menuju ke dewan At-Thaqafi,dia kelihatan sangat letih kerana dari pagi tadi dia sibuk menguruskan pendaftaran masuk untuk sem ini. Tanpa disedari,ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh.

“Apsal ana rasa lain macam je ni? Seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan ana,siapa ye..” Solehah berkata sendirian sambil matanya melilau melihat orang di sekelilingnya. Sabariah turut sama memandang sekeliling,hairan dengan Solehah.

“Hmmn..perasaan ana je kot. Hehehe..” Solehah tersenyum malu. Sabariah mengeleng-gelengkan kepala.

Di satu sudut…

“Fuh…nasib baik dia tak nampak” lelaki tersebut cepat-cepat meninggalkan tempat itu.
Al-Fadzri,sahabat kepada pemuda berkenaan dari jauh hairan melihat sahabatnya yang berjalan agak kelam kabut seperti di kejar sesuatu,lantas dia berlari mendapatkan sahabatnya itu.

“Assalamualaikum ya akhi,min aina?” Tanya Al-Fadzri kepada sahabatnya itu.

“Eh,waalaikumussalam..Al-Fadzri rupanya,terkejut ana. Ana tak kemana –mana pun. Hehehe.”jawabnya cuba menyembunyikan rasa takutnya tadi.

“Yakah? Ana lihat enta macam sedang melarikan diri dari seseorang je,siapa?”Tanya Al-Fadzri.

“Laa..takde la..hehehe..perasaan enta je kot.”dia berdalih.

Tiba-tiba Solehah dan Sabariah melalui kawasan tempat mereka bersembang itu. Entah kenapa secara automatik jantung Yusuf Al-Khair berdegup kencang,satu debaran yang tak pernah dirasainya sebelum ini. Dia memandang ke sebelah kiri. Dia dapat melihat Solehah dengan jilbab berwarna krimnya berjalan melalui mereka.

“Hmmnn..padan lah jantung ana berdegup kencang,rupa-rupanya ada dia.” Yusuf tersenyum sendiri. Dan ini disedari oleh Al-Fadzri.

“Aik! Apsal enta senyum-senyum ni?” Tanya Al-Fadzri.

“Eh,takde la. Hehehe..” Yusuf Al-Khair menjawab.

“Betul ke? Atau terpandang seseorang?” Al-Fadzri menduga sambil memandang anak mata Yusuf Al-Khair.

“Ana tak pandang Solehah lah!” Yusuf Al- Khair terlepas cakap.

“Haaa..ana tak cakap pun enta tengah memandang Solehah kan “ Al-Fadzri akhirnya mengetahui sebab sahabatnya itu kelihatan kelam kabut tadi.

“Ana..er..eh,enta tanya apa tadi?” Yusuf Al-Khair cuba mengubah topik,dia kalau boleh tak nak sesiapa tahu mengenai perasaan yang dia pendam itu.

“Ana tak tanya apa-apa pun. K la ada kelas ni. Pergi dulu. Assalamualaikum” Al-Fadzri meminta diri.

“Owh..ok..waalaikumussalam” jawab Yusuf Al-Khair sambil menghembus nafas lega,kemudian dia pun menuju ke kelas kerana sebentar lagi kelas Al-Quran dan Sunnah akan bermula.

Yusuf Al-Khair dan Solehah mengambil diploma yang berbeza,dimana Yusuf Al-Khair mengambil diploma KUIS dalam bidang Al-Quran dan Sunnah manakala Solehah pula diploma UTM dalam bidang Pengurusan Teknologi,tetapi kedua-duanya merupakan mahasiswa dari Kolej Teknologi Darulnaim.

Surau Siswi Asrama Tanjung Chat,9.00pm

Solehah benar-benar berubah. Dia kembali kepada dirinya yang asal,dimana dia kini sentiasa menjaga hubungannya dengan ALLAH. Nama Muadz tiada lagi bermain di bibir dan hatinya,apa yang dia pentingkan sekarang adalah pelajaran,keluarga,para sahabat,adik-adik usrah dan cinta kepada kekasih hatinya yang satu iaitu ALLAH S.W.T. Itulah sebaik-baik nikmat yang telah di berikan ALLAH kepada dia. Hari-hari yang di lalui Solehah sangat bahagia dan menggembirakan,tidak seperti hari-hari yang pernah di laluinya bersama Muadz dulu.

Kini dia menjadi salah seorang fasilitator di Kolej Teknologi Darulnaim dimana misinya adalah untuk membantu pihak KTD melahirkan pelajar yang professional,berketerampilan dan beretika serta berakhlak. Dia dan para sahabatnya yang lain berusaha untuk membentuk pelajar-pelajar junior yang baru agar berubah kepada seseorang yang mempunyai akhlak yang terpuji tetapi atas kehendak dan kemahuan pelajar junior itu sendiri. Dia memegang satu usrah yang di kenali sebagai PESAT (Program Pembangunan Sahsiah Terpuji) di asrama,dimana adik-adik usrahnya terdiri dari kalangan pelajar sem 2 dan 3. Malam pertama usrah mereka di mulakan dengan sesi taaruf atau sesi perkenalan.

“Assalamualaikum ya ukhti..alhamdulilllah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah rahmat dariNYA kita dapat berkumpul di sini dalam rangka menjadi seorang insan yang ingin berubah kerana ALLAH. Kita semua patut bersyukur kerana ALLAH telah memilih kita untuk hadir dalam majlis ilmu ini,kerana sesungguhnya pada majlis ilmu seperti ini turunnya para malaikat untuk memayungi kita semua yang berada disini. Ok tanpa membuang masa lagi akak mulakan sesi taaruf ini dengan adik yang berada di sebelah kanan akak ini” Solehah berpaling kepada seorang adik usrahnya sambil tersenyum.

“Hmmn..assalamualaikum semua,nama ana Mariani binti Muis,panggil Mar jak. Ana berasal dari Semporna Sabah. Ana mengambil course DDW,sem 3.” Mariani memperkenalkan dirinya.

“Ok,next.” Solehah meminta semua adik-adik usrahnya untuk memperkenalkan diri.

“Ana ye,hehehe..Assalamualaikum,nama diberi Masliah binti Asaad,panggil jak Leang. Ana berasal dari Semporna,Sabah. Course DDG,sem 2.” Pelajar kedua memperkenalkan dirinya sambil tangannya mengguis lantai.

“Assalamualaikum..ana Derwira binti Abd.Majid,berasal dari Kunak,Sabah. Panggil jak Der. Sekarang ana sem 3 dan mengambil course DDG” Pelajar kecik molek itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum malu.

“Nama diberi Sabrina binti Jimlan. Ana juga berasal dari negeri Sabah di Semporna bah kak. Hehehe.. course dan sem ana sama dengan Derwira dan Masliah juga” Sabrina memberitahu.

Boleh dikatakan hampir semua adik-adik PESAT Solehah berasal dari negeri Sabah,hanya 2 orang sahaja yang berasal dari negeri Terengganu sama dengan Solehah. Selepas semua adik-adik usrah Solehah memperkenalkan diri,Solehah pula yang memberitahu hal dirinya. Lebih kurang pukul 10.00pm barulah halaqat itu bersurai.

Rumah Sewa Muadz,10.30pm

Kelihatan Muadz sedang bermain game didalam laptopnya. Firdaus salah seorang ahli didalam rumahnya hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“Muadz,ana tengok bekas kekasih hati enta tu da berubahlah. Sejuk je mata bila memandang dia. La ni ana tengok dia aktif mengikuti pelbagai program yang di anjurkan oleh pihak kolej,memang rugi enta tinggalkan dia.” Firdaus memulakan bicaranya.

“Hmmn..” bersahaja je Muadz menjawab. Tapi jauh di sudut hatinya dia mengakui apa yang di katakan oleh sahabatnya itu,Solehah memang da berubah. Hati lelakinya terusik. Dia menyesal.

“Enta tak rasa apa-apa ke? Tak menyesal?” Tanya Firdaus.

“Nak menyesal buat apa? Ana da ada Ina. Nak menyesal apalagi. Lagipun ana da tak berkenan la dengan dia tu,berlagak baik.” Muadz dengan keegoannya menjawab.

“Ermmn..suka hati enta la. Apapun,kalau ana jadi enta ana takkan lepaskan perempuan macam Solehah tu. InsyaALLAH dia boleh jadi isteri yang solehah untuk seorang suami yang beriman” Firdaus memberitahu.

“ Yola. Enta la ambil dia jadi isteri. Risau sangat.” Muadz dengan bongkaknya memberitahu.

“Kalau dia sudi,ya,ana memang berhajat...” jawab Firdaus.

“Moga-moga ALLAH makbulkan permintaan mu yer…” doa Muadz antara ikhlas tak ikhlas je.

“AMIIN” Firdaus mengaminkan tetapi didalam hatinya.

Pesat Umun,Surau Siswi,7.45pm

Yusuf Al-Khair masuk ke dalam surau siswi sambil membawa beberapa peralatan untuk kegunaan PESAT nanti. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang,dia berhenti sejenak sambil memegang jantungnya.

“Kenapa ni?” Yusuf Al-Khair pelik. Tiba-tiba ada satu suara lembut memberi salam di belakangnya,dimana pemilik suara itulah yang selalu menggetarkan hatinya.

“Waalaikumussalam” jawab Yusuf Al-Khair sambil berpaling kepada pemilik suara itu.

Seketika mata mereka saling berpaut. Tiba-tiba Solehah berasa satu getaran di hatinya,begitu juga dengan Yusuf Al-Khair. Mereka cepat-cepat melarikan pandangan dan beristighfar.

“Maafkan ana,ana nak tanya berapa ramai siswa yang akan masuk ke dalam surau ni?” Tanya Solehah sambil menundukkan pandangannya.

“Owh..err..ana pun tak berapa pasti. Maybe ada dalam 10 orang kot.” Jawab Yusuf Al-Khair terketar-ketar.

“Hmmn..takpe la. Ana nak tanya tu je” Solehah berkata.

“Maaf boleh ana tahu siapa yang akan bagi penyampaian malam ni?” Tanya Yusuf Al-Khair.

“InsyaALLAH,ana. Doakan,assalamualaikum.” jawab Solehah kemudian berlalu meninggalkan Yusuf Al-Khair.

“Owh..semoga ALLAH permudahkan..waalaikumussalam” Yusuf Al-Khair berkata.

Apabila yakin bahawa semua pelajar berada didalam surau,Solehah pun menyampaikan ceramahnya sambil ditemani oleh sahabatnya,Sabariah. Yusuf Al-Khair pula tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Solehah itu sambil matanya cuba mengawal dari tidak memandang gadis yang telah berthakta di hatinya itu. (nak jaga pandangan la konon..hehehe). Lebih kurang pukul 9.30pm barulah majlis itu selesai.

Kafetaria,Kolej Teknologi Darulnaim,9.00am

Kelihatan Sabariah dan Solehah sedang duduk bersarapan di satu meja yang berada agak jauh dari pintu kafe tersebut. Sejak Solehah mengadu putus cinta tahun lalu kepada Sabariah,hubungan mereka berdua agak rapat seperti adik-beradik kandung. Setiap masalah yang Solehah hadapi pasti akan di kongsi bersama Sabariah dan begitu juga sebaliknya. Dari jauh kelihatan kelibat Muadz,Firdaus dan Aiman memasuki kafe tersebut. Solehah terkedu seketika. Dah agak lama dia tidak melihat Muadz,sebelum ni dia akan cuba untuk mengelak dari tidak memandang atau berserempak dengan Muadz. Tetapi hari ni,dengan ketentuan ALLAH dia dapat melihat wajah Muadz.

“Kenapa dengan enti? Pucat semacam je.” Tanya Sabariah,hairan melihat perubahan wajah sahabatnya itu.

“Err..Sabariah,Muadz datang” beritahu Solehah.

“Aaaah..mana?” Sabariah terkejut sambil matanya melilau mencari kelibat Muadz.

“Tu..” tunjuk Solehah.

“Owh..ana ingatkan dia datang sini. Ape la enti ni. Hmmn..takpe la enti buat tak tahu je. Anggap je seperti dia tak wujud. Ok?” Sabariah cuba menenangkan kegusaran yang sedang melanda hati Solehah.

Selepas membeli sedikit makanan,Muadz,Firdaus dan Aiman berlalu meninggalkan kafe. Sabariah dan Solehah menghembus nafas lega. Selesai makan,mereka berdua pun memasuki kelas.

Pondok Rehat,KTD,3.30pm

Sebelum menunggu bas datang,Solehah duduk di pondok rehat bersama dengan Sabariah. Di pondok yang satu lagi kelihatan Yusuf Al-Khair,Al-Fadzri,dan Ammar sedang duduk berbincang mengenai program yang akan dijalankan minggu hadapan di Taman Rehlah,Bachok. Dalam kerancakan berbual itu,tiba-tiba jantung Yusuf Al-Khair berdegup kencang. Dia memegang jantungnya. Dua orang sahabatnya itu hairan melihat kelakuan Yusuf Al-Khair itu.

“Limadza?” Tanya Ammar.

“Hmmn..entah lah. Jantung ana tiba-tiba je berdegup kencang.” Yusuf Al-Khair memberitahu.

“Aik! Lain macam je..hehehe” seloroh Al-Fadzri.

“Betullah. Takkan ana nak tipu plak” beritahu Yusuf Al-Khair.

“Jangan risaulah,takde apa-apa pun. Biasalah jantung kita berdegup. Kalau tak berdegup,innalillah la jawabnya” jawab Ammar.

“Tapi ana tak pernah rasa degupan seperti ini sebelum ni.” Yusuf Al-Khair memberitahu sahabat-sahabatnya itu.

“Nampak Solehah kot..hahaha” usik Al-Fadzri sambil matanya melirik ke arah tempat Solehah dan Sabariah duduk.

Yusuf Al-Khair dan Ammar berpaling melihat tempat yang dimaksudkan oleh Al-Fadzri itu.

“Ish..manada la. Merapu je enta ni” marah Yusuf Al-Fadzri,tapi dalam pada tu dia tersenyum malu bila di usik sedemikian rupa. Dia sebenarnya agak tertanya-tanya jugak,kenapa setiap kali Solehah berada berhampiran dengan dirinya,jantungnya secara automatik akan berdegup kencang.

“Adakah ini dinamakan……” Yusuf Al-Khair tersenyum sendiri,malu untuk dia meneruskan kata-katanya itu.

Dua orang sahabatnya itu saling berpandangan kemudian mengeleng-gelengkan kepala melihat perangai pelik yang dibuat oleh Yusuf Al-Khair itu. Yusuf Al-Khair buat tak tahu sahaja.


Asrama Siswi,Bilik B15,9.00pm

Solehah sedang duduk study didalam bilik,tiba-tiba dia didatangi oleh salah seorang adik PESATnya,Masliah.

“Assalamualaikum akak..” Masliah mengetuk pintu bilik Solehah sambil memberi salam.

“Waalaikumussalam..eh,Leang. Masuklah.” Pelawa Solehah sambil menghulurkan sebuah kerusi kepada Masliah.

“Akak busy tak?” Tanya Masliah.

“Buat masa ni tak lagi,kenapa Leang?” beritahu Solehah.

“Ana ada masalah kak. Boleh tak ana kongsi dengan akak?” Masliah bertanya.

“InsyaALLAH boleh. Akak kan fasi Leang,kalau Leang ada masalah jangan segan-segan datang jumpa akak.” Jawab Solehah sambil tersenyum.

“Hmmmn..macam ni akak. Aduh,macammana ana nak mulakan ye? Ana segan nak beritahu akak ni” Masliah memberitahu sambil cuba menahan daripada air matanya keluar.

“Tak pe,Leang ambil masa sekejap. Sementara tu akak buatkan air ye” Solehah bangun dan menuju ke ruang belakang.

10 minit kemudian…

“Dah bersedia?” Tanya Solehah sambil menghulurkan secawan Habbatus Sauda’ kepada Masliah.

“Dah” jawab Masliah lalu menerangkan semua masalahnya dari A-Z sambil menangis.
“Macam tu,akak faham sebab dulu akak pun ada masalah macam Leang juga. Alhamdulillah,sekarang akak da boleh kawal perasaan macam tu dengan bantuan ALLAH dan juga sahabat akak,Kak Sabariah.” Beritahu Solehah.

Dia memberi nasihat kepada Masliah,nasihat yang sama yang pernah diberikan oleh Sabariah kepadanya dulu.
Lebih kurang pukul 11.00pm, Masliah pun memohon untuk balik ke biliknya.


Asrama Siswa,Bilik B2,11.30

Yusuf Al-Khair baru sahaja selesai membaca Al-Quran,Ammar mendekatinya. Ammar ingin bertanya sesuatu kepada sahabatnya itu.

“Assalamualaikum,ya akhi” sapa Ammar.

“Waalaikumussalam,Am” jawab Yusuf Al-Khair sambil berpaling melihat sahabatnya itu.

“Ana nak tanya something,boleh?” tanya Ammar.

“Tafaddhal.” pelawa Yusuf Al-Khair sambil membetulkan duduknya.

“Ana harap enta jangan terasa hati dengan apa yang ana tanya ni” Ammar meminta izin.

“InsyaALLAH,tidak” jawab Yusuf Al-Khair sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

“Enta ada minat kat sape-sape ke kat kolej tu?” tanya Ammar.

“Kenapa enta tanya macam tu?” Yusuf Al-Khair bertanya kembali kepada Ammar. Dia pelik.

“Enta jangan la berselindung dengan ana. Kita da lama kenal,ana tahu enta sedang menyimpan perasaan dengan seseorang,beritahulah ana.” Ammar berkata.

“Hmmn..ye..memang ana ada menyimpan perasaan dengan seseorang. Student diploma UTM” beritahu Yusuf Al-Khair.

“Enta tahu kan Pak Cik Rosdi melarang kita untuk bercouple,ia di namakan zina hati da ni” marah Ammar,dia tidak menyangka Yusuf Al-Khair,orang yang begitu di hormatinya boleh kalah dengan godaan seorang wanita.

“Ana tahu tu. Tapi ana tak bercouple dengan dia,dan dia pun tidak tahu bahawa ana meminati dia. Adakah ia satu dosa bila kita da jatuh hati pada seseorang itu kerana agama yang ada pada dia? Tanya Yusuf Al-Khair cuba membetulkan persepsi Ammar padanya.

“Tak,tapi bila hati kita da mula menyimpan perasaan terhadap seseorang dan membuatkan kita leka ia boleh mengakibatkan timbulnya titik-titik hitam di hati. Enta sedar tak tu?” terang Ammar.

“Ana sedar. Tapi apa yang perlu ana buat? Setiap kali ternampak atau dia lalu di sebelah ana jantung ana akan berdegup kencang. Ana da cuba kikis perasaan tu sebab ana tahu ana tak layak untuk dia” Yusuf Al-Khair menerangkan kepada Ammar sambil menahan rasa di hati. Dia malu sebenarnya,malu kepada ALLAH dan juga Ammar.

“Ana faham. Kalau enta berharap sangat dengan dia,enta guna lah cara yang di redhai ALLAH. Enta masih ada parents lagi,so..” Ammar menerangkan.

“So?” tanya Yusuf Al-Khair,betul-betul tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Ammar .

“Aduh,tu pun nak ana ajar ke? Hmmmn” geram Ammar dengan pertanyaan bodoh dari Yusuf Al-Khair itu.

“Apa dia? Ana betul-betul tak faham” tanya Yusuf Al-Khair bersungguh-sungguh.

“Khitbah dia sebelum terlambat” bersahaja Ammar memberitahu.

“Biar betul?” bulat mata Yusuf Al-Khair mendengar cadangan dari rakannya itu.

“Betullah. Kenapa pulak?” hairan dengan persoalan Yusuf Al-Khair.

“Dia sesuai dengan ana ke? Sudi ke dia dengan lelaki seperti ana ni?” Yusuf Al-Khair meminta kepastian.

“Sebaik-baiknya minta nasihat dari Pak Cik Rosdi dulu,lepas tu buat solat istikharah” cadang Ammar.

“Betul juga” Yusuf Al-Khair menganggukkan kepalanya.

“K la,ana nak tidur ni. Esok ada kelas tafsir pukul 8.00am. Assalamualaikum.” Ammar berlalu meninggalkan Yusuf Al-Khair sendirian.

“Waalaikumussalam” jawab Yusuf Al-Khair. Dia duduk sebentar sambil termenung.

“Hmmmn..Ya ALLAH,adakah Solehah sesuai untuk ana? Jika ya,Engkau satukanlah hatinya dengan hati ana ni. Jika tidak,Engkau jauhkanlah bayangannya dari hati ana dan kehidupan ana. Amin.” Doa Yusuf Al-Khair di dalam hatinya.

4 Bulan kemudian….

Asrama Siswi,Bilik B15,10.00am

Pagi itu Solehah baru sahaja selesai melipat kain baju dan mengemasnya ke dalam almari,5 minit kemudian dia mendapat panggilan telefon dari umminya.

“Assalamualaikum,sayang. Apa khabar?” tanya umminya sebaik sahaja panggilan berjawab.

“Waalaikumussalam,ummi. Alhamdulillah ana sihat,ummi,abi dan adik-adik lain apa khabar?” Solehah bertanya.

“Alhamdulillah,kami semua disini sihat wal’afiat. Sayang jangan risau. Ummi ada benda nak cakap dengan sayang ni” Jawab umminya.

“ Owh,apa dia ummi?” tanya Solehah.

“Ada seorang pemuda dan keluarganya telah datang ke rumah semalam. Mereka ada hajat besar,dan hajat tu hanya Leha je yang boleh bagi kata putus.” Beritahu umminya.

“Errr..maksud ummi?” jantung Solehah berdegup kencang.

“Solehah,ada seseorang yang ingin menyunting Leha.” Umminya berkata.

“Siapa ummi?”bulat mata Solehah.

“Rakan sekolej Leha gak. Nampak macam warak dan baik je ummi tengok” jawab umminya sambil tersenyum.

“Hmmn..tapi ummi,Leha tak sedia lagi. Leha nak sambung belajar lepas ni” Solehah memberitahu umminya.

“Ummi faham sayang,abi da beritahu perkara tersebut kepada pemuda tu. Dan pemuda tu faham. Dia takkan halang cita-cita Leha tu malah dia sanggup menanggung pengajian Leha tu nanti.” Jelas umminya.

“Ummi..” Solehah serba-salah.

“Ye sayang” sahut umminya.

“Hmmn..ummi dan abi berkenan ke?” tanya Solehah.

“Kalau ikutkan ummi dan abi,kami berkenan dengan dia. Lagipun pemuda tu merupakan sahabat baik Sabariah,so ummi yakin bahawa pemuda tersebut baik untuk Leha.” Umminya berkata.

“Sahabat Sabariah?” Solehah hairan.

“Ya,Sabariah yang membawa family pemuda tu ke sini. Sabariah ada bagitahu ummi bahawa sahabatnya itu da lama berkenan dengan Leha cuma pemuda tu tak nak menyimpan perasaan pada seorang perempuan yang tak sah untuk dirinya lagi sebab tu pemuda tu datang merisik Leha. Macammana?” tanya umminya.

“Kalau baik untuk ummi dan abi,maka baik jugalah untuk Leha. Tapi sebelum tu biarlah Leha buat solat istikharah dulu” Solehah mengalah. Andai pemuda tersebut telah ditakdirkan ALLAH untuk menjadi jodohnya,dia redha.

“Baiklah,minta petunjuk daripada ALLAH. Andai dia bukan jodoh Leha,ummi dan abi menurut sahaja sebab yang berkahwin itu adalah Leha bukan ummi..hehehe.” nasihat umminya.

“Terima kasih ummi.” Solehah berkata.

“Sama-sama. Ok la sayang ummi nak masak ni,si kecil Qis tengah lapar tu”

“Owh,baiklah ummi. Kirim salam sayang pada semua. Assalamualaikum”

“InsyaALLAH,waalaikumussalam” talian dimatikan.

Solehah terpaku seketika. Dia mengeluh.

“Cepat sangat jodoh ana sampai. Eh,kena tanya Sabariah ni” Solehah bergegas memakai jilbabnya lalu keluar menuju ke bilik Sabariah.

Bilik B10,11.15am

Sabariah tidak terkejut melihat kedatangan sahabatnya itu kerana dia tahu apa tujuan kedatangan Solehah ke situ. Selepas memberikan secawan Habbatus Sauda’ kepada Solehah,Sabariah memulakan bicaranya.

“Macammana ya sohabati?” tanya Sabariah sambil tersenyum.

“Bolehlah,manis gak. Pandai enti buat air..hehehe” jawab Solehah tanpa memahami maksud kata-kata dari Sabariah itu.

“Aduh,ana tak maksudkan pasal air tu bah. Ana tanya pasal sahabat ana tu,macammana? Berkenan tak?” Sabariah bertanya.

“Owh,pasal tu. Hmmn..ana datang ni pasal tu la. Apsal tak tanya ana dulu?” geram Solehah.

“Ala..janganlah marah. Lagipun sahabat ana tu beria nak datang rumah enti,enti bertuah tau sebab dia pilih enti dan bukan ana..hehehe” usik Sabariah.

“Aik! Kenapa pulak? Enti berkenan dengan dia ke?” tanya Solehah. Hairan.

“Memang berkenan,tapi dia tak berkenan dengan ana..hahaha” usik Sabariah lagi.

“Laa..kalau enti mahu,ana boleh beritahu dia yang enti berkenan dengan dia” ujar Solehah,agak serius.

“Ish..tak de la,ana bergurau je. Lagipun family dia tak berkenan dengan orang Sabah,jauh bah. Banyak kos pulak tu bila nak buat walimah. Lain la kalau dengan enti,sama-sama dari semenanjung,murah sikit.” Beritahu Solehah.

“Ana nak tanya,dia tu ok ke? Macammana boleh jadi sahabat enti? Tanya Solehah.

“Panjang cerita dia” Sabariah berkata.

“Ala..pendekkanlah.” Solehah merengek.

“Aiyo..kami kenal melalui YM la. Time tu ana menjalankan misi dakwah ana dalam YM sebelum beralih kepada blog. Apapun ringkasnya,dia baik dan sesuai untuk enti la. Sesuai gitu” Sabariah menjelaskan sambil tersenyum.

“Yakah? Cerita la latar belakang dia sikit.”

“Aik! Berkenan ke?” Sabariah bertanya.

“Ana just nak tahu serba sedikit pasal dia je. Tu pun tak boleh ke?” Solehah mencebik.

“Boleh. Dia anak kedua daripada 5 orang adik beradik,berasal dari Pahang. Dekat je dengan tempat enti,so kalau nak raya,tak yah bertelingkah..hehehe” Sabariah menjelaskan.

“Owh..hmmmn..biar ana buat solat istikharah dulu la ye” Solehah berkata.

“Ok bah. Tapi kan ana doakan semoga enti dan dia ada jodoh..amiiiin” Doa Sabariah sambil mengenyitkan mata.

“Yola. Da tu enti plak bila?” Solehah pulak mengenakan Sabariah.

“Ana..hmmn..lepas Leha kot..hahahaha”


Bersambung…