? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 13 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 2)


Hmmn..ana sambung ye..Berhenti kat mana semalam..? Owh..pasal Solehah terkena kejutan budaya tu ye.

Dengan ketentuan ALLAH,Solehah mendapat 1 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang siswi dan 2 orang siswa. Awal perkenalan diantara mereka,tidak berlaku sedikit kemesraan di kalangan mereka maybe masing-masing ada sifat malu dan segan,maklumlah ini adalah kali pertama Solehah membuat assignment bersama lelaki. Secara tiba-tiba...

"Hmmn..sape nama anti berdua ni dan berasal dari mana?" Tanya Muadz,salah seorang rakan sekumpulan Solehah.

"Nama ana Aisya Humaira dan ana berasal dari sini Kelantan. Dan ini sahabat ana nama dia Solehah berasal dari negeri Terengganu" Jawab Aisya Humaira,sahabat dan juga ahli kumpulan Solehah.

"Owh..hmmn..nama ana Muadz dan ini sepupu ana Aiman. Kami berdua ni berasal dari negeri Perlis" Jawab Muadz memperkenalkan diri dan sahabatnya.

"I see,hmmn..ana harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik" Kata Aisya Humaira.

"Ana lihat dari tadi Solehah asyik senyap je. Tak suka dengan pembahagian kumpulan ni ke? Muadz menduga.

"Eh,takde la.Hehe..ana tak tau nak cakap pe. Maaf ye" Jawab Solehah.

Itu lah suara pertama yang Muadz dengar dari mulut Solehah,dari seorang gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya bermula dari minggu orientasi dahulu.Hatinya begitu gembira sekali kerana dia dan Solehah di tempatkan dalam satu kumpulan dan course yang sama. Solehah merupakan wanita yang pertama berjaya mengetuk pintu hati Muadz kembali selepas Muadz di kecewakan oleh kekasih lamanya dulu. Bagi Muadz,Solehah adalah satu sinar yang telah di kirimkan ALLAH untuk menerangi kegelapan dan kesunyian dalam dirinya. Sebelum bersurai daripada kelas,Muadz telah mengambil kesempatan untuk meminta nombor telefon Solehah tetapi dengan menggunakan alasan bagi memudahkan perbincangan ataupun berkongsi bahan rujukan untuk assignment mereka itu.

“Solehah kalau boleh ana nak kita semua ni saling bertukar-tukar nombor telefon.Yela,senang sikit nak kita bercontactkan.Cepat sikit assignment kita siap” kata Muadz kepada Solehah.
“Hmmnn..betul juga tu Adz. Ana sokong,sekurang-kurangnya kita takde la jumpa selalu dengan mereka kan.Dapat elakkan fitnah orang” sokong Aiman.
Terdengar sahaja kata-kata dari Aiman tadi,Muadz jadi tak keruan.
“Ana takkan jumpa dia selalu….hmmmn,susah ni ” Muadz bermonolog sendiri.
“Betul tu,ok ni no telefon ana” kata Aisya sambil tangannya mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu di atas sehelai kertas kemudian mengedarkannya kepada yang lain.
Sebaik sahaja helaian kertas tu sampai di tangan Muadz,dia terus menyimpan nombor telefon Solehah ke dalam handsetnya. Dengan hati yang berbunga-bunga,Muadz pun keluar dari bilik kuliah dan terus balik ke asrama.
“Ana akan mencuri hati mu wahai Solehah” Muadz berkata sendirian sambil tersenyum.

Asrama Siswi,bilik A16,11.oopm.

Solehah yang sedang baring di atas katil sambil membaca nota Psikologi tiba-tiba di kejutkan dengan bunyi mesej.
“Aik! Sape plak hantar mesej ni” kata Solehah sambil jarinya menekan keypad telefon bimbitnya.
“M U A D Z.. Owh..ada apa plak mamat ni hantar mesej malam-malam ni” bisik Solehah.
“Assalamualaikum Solehah,da tdo ke? Duk wat pe la ni? Hmmn..ana sebenarnya nak berkawan dengan enti,dengan kata yang lebih mudah lagi,ana nak jadi sahabat enti. Boleh ke?”
“Nak jadi sahabat ana? Kenapa plak tiba-tiba ni..? Takpe la,sahabat je ” Solehah berkata sendiri.
“Waalaikumussalam..ana xtdo lagi,ni tengah duk study Psikologi. Kalau nak jadi sahabat ana tu boleh juga. Tapi jangan melebih-lebih plak” Balas Solehah.
“Ok” Jawab Muadz dengan hati yang girang.
Bermula daripada malam tu,akhirnya Solehah dan Muadz pun menjadi sahabat baik. Tetapi Muadz tetap tidak berpuas hati kerana jauh di sudut hatinya dia ingin Solehah menjadi suri di dalam hatinya,setiap kehendak dan keinginan Solehah dia akan cuba untuk penuhi walaupun Solehah tidak pernah meminta pada Muadz. Bagi Muadz,dia akan cuba membahagiakan Solehah walaupun Solehah langsung tidak menunjukkan apa-apa perasaan pun pada dirinya kerana padanya hati Solehah akan cair juga cuma menunggu sedikit masa sahaja. Satu malam Muadz menelefon Solehah..
“Assalamualaikum” kata Muadz.
“Waalaikumussalam” balas Solehah.
“Duk buat pe?” Tanya Muadz dengan perasaan di hati agak berdebar-debar,kerana malam ni Muadz bertekad juga untuk meluahkan perasaannya pada Solehah. Andai Solehah menolak,dia akan berhenti daripada kolej tu dan memohon untuk masuk ke kolej lain,itulah kata putus yang di buat oleh Muadz.
“Ana tidak buat apa-apa. Ada apa tiba-tiba call ni? Muadz ada masalah ke?” Solehah bertanya,tetapi entah kenapa hatinya tiba-tiba berdebar kencang. Seolah-olah ada satu perasaan yang timbul di hatinya apabila mendengar suara lelaki yang dikatakan sahabatnya itu. Dia tersenyum sendiri.
“Er..sebenarnya ana..errrr..nak cakap macamana ye..? Ana susah nak cakap. Hmmmn..malu pun ada” Muadz membalas.
“Malu? Eh,pasal pe plak? ” degupan jantung Solehah semakin kencang,seolah-olah dia dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Muadz.
“Ana sebenarnya da jatuh hati kat seseorang. Tetapi ana tak tahu nak luahkan macammana kat dia” Muadz cuba berkias.
“Laa..yakah? Waaa..siapa perempuan bertuah tu?” Tanya Solehah dengan perasaan yang kecewa sekali. Memang dia menyimpan perasaan pada Muadz,cuma dia malu untuk menyatakan. Kini lelaki yang telah berthakta dihatinya itu rupa-rupanya ada menyimpan perasaan pada orang lain. Tiba-tiba hatinya terasa sebak.
“Seseorang yang ana kenal rapat. Hehehe..aduh,macammana ya nak terang kat enti ni. Enti jangan marah tau,dan ana harap enti jangan benci kat ana.” Kata Muadz.
“Nak marah kat enta pasal apa plak? Ana takkan marahlah kalau takde sebab. Kenapa,ana kenal ke perempuan tu?” Tanya Solehah. Difikirannya sekarang adalah Aisya Humaira,sahabatnya yang seorang tu.
“Yup. Enti kenal dengan dia. Hehehe.. Enti rasa macammana? ” Tanya Muadz.
“Bagi ana,ana tak kisah kalau Aisya berkenan. Itu hak dia.” Jawab Solehah,sambil menahan rasa sedihnya.
“Aik! Apa kaitan dengan Aisya plak?” Muadz semakin hairan.
“Bukankah Muadz da jatuh hati kat Aisya,so ana tak leh kata apa la. Kalau Aisya berkenan dengan Muadz,ana ok je.” Jawab Solehah.
“Aduh,enti tak faham lagi la ni. Letih ana bercakap dari tadi. Hmmnn… ” Muadz kecewa kerana dia menyangka Solehah telah dapat menangkap apa yang dia cuba katakan tadi.
“Salah ke? Maaf. Ana tak tahu. Dah tu enta da jatuh hati kat sape?” Solehah bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
“Ana da jatuh hati kat…..”
“Kat sape?” desak Solehah.
“Kat……”
“Eih..kat sape???” bentak Solehah.
“Aik! Enti marah ke?” Muadz terkejut dengan perubahan Solehah.
“Ana tak marah,tapi geram tau tak. Cakaplah sape?”
“Geram pasal apa?” Muadz pura-pura bertanya tapi jauh di sudut hatinya dia tahu bahawa Solehah juga tengah menyimpan perasaan pada dirinya,dia dapat membayangkan bagaimana rupa Solehah pada masa ini. “Mesti cute” Desis hatinya.
“Takde la. Kalau enta tak nak bagitahu,ana letak fon ni.” Geram Solehah dengan persoalan Muadz sebentar tadi.
“Owh..ok-ok. Hmmn..Leha jangan marah ye. Ini ikhlas dari hati ana,ana da jatuh hati kat enti. Dari awal perkenalan lagi ana memang da menyimpan hasrat untuk menjadikan enti sebagai suri didalam hati ana” Luah Muadz.
Solehah senyap. Dia tergaman. Dia seolah-olah tidak percaya mengenai apa yang dia dengar sebentar tadi. “Muadz jatuh hati kat ana?” hatinya bertanya. Tiba-tiba sahaja dia berasa satu kelainan didalam hatinya. Gembira. Ya,itulah yang dia harapkan dari tadi.
“Solehah? Enti ok ke?” Tanya Muadz. Dia jadi risau. Tiba-tiba matanya berair.
“Hello?” tiada jawapan.
“Solehah,jangan buat ana takut. Jawablah. Please…” Muadz tidak dapat mengawal lagi air matanya. Dia begitu menyayangi gadis kelahiran Terengganu itu. Tiba-tiba…
“Muadz,terima kasih sebab da jatuh hati kat ana. Ana pun sebenarnya da menyimpan perasaan yang sama pada enta sejak awal persahabatan kita lagi,tapi ana malu nak menyatakannya. Tapi malam ni ana terkejut kerana ana tak menyangka bahawa enta juga ada menyimpan perasaan yang sama pada ana. Terima kasih banyak ” Jawab Solehah dengan linangan airmata.
“Maksudnya enti terima cinta ana?” Tanya Muadz seolah-olah tidak dapat mempercayai apa yang di dengarnya tadi. Gembira,itulah perasaan yang dia rasa ketika ini. Air matanya tadi cepat-cepat di lap bagi mengelakkan Solehah terdengar.
“Ye” jawab Solehah sambil tersenyum.
“Aaaa..Alhamdulillah. terima kasih banyak Solehah. Ana benar-benar cintakan enti setulus hati ana.” Muadz menjerit kegembiraan hinggakan Aiman yang berada di katil bawah terkejut.
“Ana pun sama. Ok la,ana nak tidur ni. Esok ada kelas Psikologi. Selamat malam dan assalamualaikum”
“Ok. Selamat malam sayang,waalaikumussalam” jawab Muadz dengan hati yang berbunga-bunga.
Malam itu Solehah payah nak tidur. Mengiring ke sebelah kanan,terbayang wajah Muadz,sebelah kiri pun sama juga. Solehah tersenyum sendiri.
”Alahai..indahnya” hatinya berbisik.
Selama 7 bulan percintaan mereka,Solehah berubah hampir 100%. Dengan kawan-kawan lain pun dia tak nak bertegur,apa yang ada di hatinya sekarang adalah Muadz,Muadz dan Muadz. Setiap hari yang dilalui Solehah terasa begitu indah hinggakan pelajarannya terabai,dan ini disedari oleh P.A (Penasihat Akademik)nya,Cik Syuhada.
“Ana lihat keputusan enti semakin hari semakin teruk,apa yang telah terjadi pada enti ni Solehah? Enti tak study ke?” Tanya Cik Syuhada pada Solehah selepas kelas Perniagaan selesai.
“Err..ana study,tapi entah lah nape lecture tu ajar macam lain je. Bukan macam sebelum ni.” Solehah cuba berdalih. Tetapi hakikatnya dia sendiri tahu bahawa sejak dia bercinta dengan Muadz,dia tidak pernah menatap atau membuat sebarang nota pun. Apa yang selalu dia buat adalah main mesej dan keluar berjalan bersama dengan Muadz.
“Lain macammana? Ana tengok rakan-rakan enti yang lain,pointer semakin meningkat je” balas Cik Syuhada.
“Dorang memang terror cik. Hmmmn..ana ni memang lambat nak tangkap apa yang lecture ajar.” Solehah cuba untuk membela dirinya.
“Tak pe la,apapun enti kena tingkatkan pointer enti sem ini. Boleh?”
“InsyaALLAH cik,ana akan usahakan” ucap Solehah.
Selepas berjumpa dengan Cik Syuhada,Solehah terus menghubungi Muadz.
“Assalamaualaikum..abang kat mana?”
“Waalaikumussalam..dalam bilik”
“Tak pergi kelas ke?”
“Malaslah,abang penat ni. Ayang je la pergi,salin nota dan nanti bagi abang ,ok?”
“Apalah abang ni,asyik-asyik ayang je yang kena salin nota untuk abang. Tak malu ke? Abang tu lelaki,takkan nak harap dengan perempuan pula!” Solehah membalas kata-kata Muadz dengan kasar sekali. Tak pernah dia bercakap sekasar itu dengan Muadz sepanjang menjadi teman wanita Muadz.
“Hoi, betina!!! Mulut hang baik-baik sikit ya! Lempang kang!”
Talian diputuskan. Solehah termangu. Ini kali kedua Muadz bercakap kasar dengan dia selepas peristiwa Solehah tidak mengikut kehendak Muadz untuk memegang tangannya. Kejadian ini berlaku pada petang Rabu di pusat membeli-belah yang terkenal di Kelantan,KB Mall. (nak promosi KB Mall plak..hehehe)
“Ala,pegang tangan je sayang. Abang bukan nak buat apa pun,lagipun abang akan khawin dengan ayang gak. Jangan lah malu-malu. Mari.” Desak Muadz. Keinginannya untuk menyentuh jari mulus Solehah begitu meluap-luap.
“Ish..apa lah abang ni. Tak elok la macam tu,kita tak halal lagi. Mana boleh bersentuh-sentuhan. Tunggu kita dah jadi suami isteri la baru abang boleh sentuh ayang.” Solehah cuba berdalih.
“Lambatlah sayang,marilah. Jangan risau,takde sapa yang nampak. Lagipun takde sapa gak yang kenal kita.” Muadz berusaha memujuk Solehah sambil tangannya cuba memaut jari Solehah. Tapi Solehah cepat-cepat menyembunyikan tangannya didalam poket seluarnya.

Rabu, 12 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah


Disini ana ingin coretkan satu cerita atau cerpen atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai novel..hehe..ana pun tidak berapa pasti nak panggil apa..apapun ana harap cerita ini dapat dijadikan pengajaran ataupun panduan dalam menjadi seorang insan yang ingin berubah tetapi bukan kerana dipaksa tetapi perubahan yang berlaku ikhlas kerana ALLAH.

Cerita ini bermula disalah sebuah IPT yang terdapat di Malaysia,dimana didalamnya terdapat ramai mahasiswa yang datangnya dari pelbagai pelosok negeri dan daerah.Antara ramai-ramai student kat situ,ada seorang mahasiswi yang hidup sederhana dan boleh dikatakan tidak popular dikalangan sahabat-sahabatnya yang lain tetapi mempunyai sebuah kisah tersendiri.

Siswi ini bernama Solehah dan berasal dari negeri Terengganu.Solehah merupakan anak ke-2 dari 6 orang adik beradik.Ayahnya bekerja sebagai pembantu am di sebuah syarikat swasta yang berada di Terengganu juga manakala ibunya adalah sebagai surirumah sepenuh masa.Selepas Solehah tamat tingkatan 5,dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke beberapa IPT/S di Malaysia.Dengan izin ALLAH selepas Solehah melakukan solat istikharah,dia akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Darulnaim..(nak promosi KTD jap..kih kih kih)..

Hari pertama bergelar mahasiswi,Solehah agak kekok dengan cara dan ragam rakan-rakan yang agak pelbagai.Terutama sekali rakan-rakan daripada kalangan Sabahan(Sabah)dimana timbul masalah berkomunikasi diantara mereka. Tetapi selepas seminggu Solehah berada di kolej tersebut,akhirnya Solehah dapat menyesuaikan diri walaupum kadang-kadang masih terdapat sedikit ketidakselesaan. Satu hari dalam kelas perniagaan,lecturer telah mengarahkan semua student untuk membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada gabungan siswa dan siswi. Dan hasil daripada gabungan tersebut akhirnya ia membawa perubahan besar kepada diri Solehah,atau dalam erti kata lain Solehah mendapat kejutan budaya.

Hmmmn..sambung lain kali la..hehehe..ana letih plak. Tunggu ye..

Selasa, 11 Ogos 2009

Zina Hati

Ana dapat artikel ni dari blog salah seorang sahabat.Moga-moga antum semua boleh mengambil iktibar,pengajaran dan dapat di jadikan panduan dalam rangka menjadi seorang Muslim sejati yang diberkati dan disayangi ALLAH S.W.T..

Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam khayalan kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.
Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.

Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.

Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?
ALLAH SWT berfirman,
“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”
ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana?
Lihat sabda Rasulullah SAW ini,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita. Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita. Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Hatta kemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu perkara yang baik?

Sebab itulah timbul satu pandangan buruk, cinta ini menganggu studi. Sebab hal sebeginilah. Menyebabkan orang lain yang nak berkahwin awal dengan cara hubungan yang baik dan terjaga pun diragui.Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.

Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah. Suka tidak menjadi masalah. Tetapi masalahnya, bagaimana cara kita menyukai? Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama, akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan merosakkan diri kita sendiri dari dalam. Malah kalau tidak dinyahkan dalam diri, berkemungkinan besar menarik diri kita ke lembah zina yang sebenar.

Hendak suka, hendak bercinta, bukan tidak boleh. Ana tidaklah berpendapat cinta sebelum kahwin itu salah. Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi ada caranya untuk kita bercinta. Kita sendiri perlu ada persiapannya. Bila menjurus kepada hati, maka kita sebenarnya perlu bersedia dan bertegas. Janganlah kerana cinta kepada seorang wanita, atau seorang lelaki, diri kita terjual ke lembah yang merugikan. Letakkanlah ALLAH sebagai cinta pertama kita, barulah kita akan menjadi lebih terjaga.

Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah amanah. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.
Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

Apa lagi? Mari kita sama-sama muhasabah diri.

Isnin, 10 Ogos 2009

Indahnya Hidup Dalam Tarbiyah


Dari hati yang merindui jalan ALLAH.....

Lemahnya diri berada di hadapanMu Ya Allah..
Diri berkata amat mudah untuk membuat orang lain tersenyum..
Tapi sejauh mana diri ini mampu untuk tersenyum sendiri..
Pelbagai cara dan gaya dilakukan untuk memimpin orang lain kembali ke jalanMu..
Tapi kenapa diri ini masih susah memimpin diri sendiri untuk dekat padaMu?
Meninggalkan segala laranganMu?
Dan membuat apa yang Engkau suruh?

Makin cuba diri ini mendekatiMu..
Semakin banyak godaan dan ujian yang mendatang..
Dimana ujian dan godaan tersebut yang kadang-kadang amat payah diri ini lalui..
Begitu kerdilnya diri ini dihadapanMu Ya Allah..

Diri ini sering kali menjadi contoh dan rujukan para sahabat..
Tapi kenapa diri ini masih leka dan lalai dengan godaan-godaan dunia?
Adakah ini ujian untuk mendekatiMu Ya Rabb?

Ramai yang berkata hidup ini indah jika sentiasa berada dalam Tarbiyah..
Ya..diri ini mengakui indahnya berada dalam TarbiyahMu..
Didikan kitabMu dan asuhan dari ayat-ayat suciMu..
Sehingga ia boleh menusuk ke dalam sanubari setiap insan di dunia ini..
Tapi kenapa diri ini masih susah untuk berubah?

Andai diri ini leka dan lalai..
Engkau bimbinglah..
dan Engkau ingatkanlah kembali..
Agar diri ini sentiasa berada di atas jalanMu..
dan mampu menggapai cintaMu..

Ya Rabbul Izzati..
Diri ini begitu dahagakan kasihMu..
Diri ini juga begitu mendambakan perhatianMu..
Engkau bantulah diri ini agar hati ini dapat sentiasa tumpu padaMu..
Sentiasa berada dalam rahmatMu..
Dan sentiasa berada dalam redhaMu..
Amin....

TAKBIIIR!!!

Hamba Allah yang merindukan Tarbiyyah....

Ahad, 9 Ogos 2009

Untukmu Wahai Wanita Solehah



Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodoh mu..kerana Muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.