Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis kerana mengenang dosa-dosa semalam.
Jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biarlah kita cintakan Tuhan.
Mesti ada di antara sahabat2 sekalian yang tertanya-tanya kenapa ana menulis madah seperti ini...sebenarnya madah ini ana tujukan untuk sahabat2 yang sedang kemaruk dengan dunia percintaan...Dunia dimana boleh membuat seseorang itu alpa dan leka...Memang ana akui setiap makhluk di dunia ini terasa ingin di sayangi dan menyayangi...Tapi setakat mana tahap sayang kita itu jika di bandingkan dengan kasih sayang dan cintanya Allah kepada makhlukNya...
Cinta...ya memang indah namanya..tapi setakat mana kita memahami erti cinta itu..kadang2 kita cuma terfikir bahawa cinta ini hanya perlu di berikan kepada teman lelaki/perempuan ataupun suami/isteri..Tapi tidakkah antum semua pernah terfikir bahawa cinta itu tidak semestinya di berikan kepada seseorang yang berlainan jantina dengan kita tapi ianya juga harus di berikan kepada Allah dan rasulNya serta makhluk lain samada manusia ataupun binatang...
Memang tak salah menyintai seseorang itu..tapi kena dengan cara dan tempatlah..jangan taksub sangat sehingga kita lupa diri..Jangan kerana cinta,kita sanggup menggadai maruah diri..Jika teringin sangat,baik guna cara yang berlandaskan syarak..dimana jalan itu mendapat rahmat dan redha Allah...
Cinta kepada Allah..pernahkah antum semua memberikan cinta kepada Dia seperti mana antum mencintai pasangan dan keluarga antum? Cinta dimana antum boleh menangis apabila melakukan sedikit perkara yang tidak disukaiNya? Cinta dimana antum sanggup mengorbankan masa antum semata-mata hanya hendak "berdating" denganNya? Pernahkah? Tepuk dada dan tanya iman antum semua...
Sahabat ana sekalian..jika antum semua pernah mempunyai perasaan cinta dan sayang yang agak menebal terhadap pasangan yang tidak halal bagi antum,ana sarankan antum kurang2kanlah perasaan tersebut kerana ini boleh mengakibatkan timbulnya titik2 hitam didalam hati..dimana titik hitam ini boleh mengakibatkan jauhnya hubungan kita dengan Yang Maha Esa..
Jangan risau tentang jodoh..jika kita mencintai dan menjaga hubungan dengan Allah..insyaAllah,Dia akan menemukan kita dengan seseorang yang jauh lebih baik dari pasangan yang kita tinggalkan sebelum ini..dimana insan yang di berikan Allah itu akan sentiasa memimpin kita ke arah kebaikan dan menjaga hubungan dengan Allah..
Sahabat..Cintailah Allah..nescaya perjalanan hidup antum semua sentiasa selamat dan bahagia..insyaAllah..Memang indah apabila kita memberikan seluruh hati dan jiwa hanya pada Allah.. setiap degupan jantung kita ada nama Allah..dan setiap perbuatan kita di niatkan kerana Allah...dalam erti kata lain..segala2-galanya hanya untuk Allah..memang hebat..insyaAllah..
Hanya itu coretan dari ana pada hari ini..moga2 ianya dapat memberi kesan di hati ana dan antum semua..amin..insyaAllah di lain ketika jika Allah panjangkan umur,ana akan memberikan coretan atau berkongsi bahan lagi dengan sahabat sekalian...akhir kalam,assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Selasa, 4 Ogos 2009
Cinta ana pada siapa......?
Langgan:
Catatan (Atom)