? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 12 Oktober 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 6)



Jumaat,Asrama Siswi,bilik B15,10.00am

Solehah duduk termenung. Solat istikharah yang dia lakukan sebelum ini langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda. Hmmnnn..dia mengeluh. Beberapa minit selepas itu,dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor rumahnya.
“Assalamualaikum ummi,apa kabar?” tanya Solehah sebaik sahaja panggilan
berjawab.
“Waalaikumussalam sayang. Alhamdulillah ummi sihat. Sayang camne?” tanya umminya pula.
“Alhamdulillah,Leha sihat ummi. Leha sebenarnya ada hal nak bagitahu ummi ni.”
“Apa dia sayang?”
“Ini mengenai lamaran tempoh hari tu. Leha dah buat 3 kali solat istikharah,tapi Leha langsung tak dapat apa-apa petunjuk pun.”
“So,macam mana keputusan sayang sekarang?”
“Leha harap ummi jangan marah ye. Leha terpaksa menolak lamaran ini,bukan apa ummi Leha tak bersedia lagi. Leha harap sangat-sangat ummi dan abi menghormati dan memahami keputusan Leha ini”
“Hmmn..ummi tak marah. Lagipun yang nak kahwin tu Leha kan,kalau Leha tak bersedia lagi ummi dan abi tak leh paksa. Takut Leha tak dapat jalankan tanggungjawab Leha sebagai isteri dengan baik. Takut tak dapat pahala tapi dosa yang bertambah.” Ujar umminya.
“Syukran ummi sebab memahami Leha. Tapi abi macam mana? Dan pihak lelaki tu pulak macam mana?”
“Pasal abi tu sayang jangan risau,nanti ummi terangkan. Hmmn..dan ummi akan cuba tolak secara baik lamaran tu. Leha study elok-elok tau,jangan fikirkan sangat mengenai lamaran tu. Ok sayang?”
“Ok ummi,Leha sayang ummi”
“Ummi pun sayang Leha gak. K la sayang,lain kali kita cakap lagi ye,ummi nak jemput Hasanah kat sekolah”
“Baiklah ummi. Hati-hati bawa kereta,kirim salam kat semua. Assalamualaikum”
“InsyaALLAH,waalaikumussalam”
Talian dimatikan. Solehah menghembuskan nafas lega.


Ahad,Taman Pasadena,Kuala Terengganu,Terengganu.

Kelihatan abi sedang duduk di sofa sambil membaca akhbar. Ummi datang sambil membawa segelas air kopi untuk abi.
“Abang,ayang nak bincang sesuatu ni. Pasal Leha.” Umminya memulakan bicara. Abi meletakkan akhbar di atas meja kemudian memandang ummi.
“Kenapa dengan Leha? Dia da ada jawapan ke untuk lamaran tu?”
“Tu yang nak bincang dengan abang tu. Hmmmn..dia tak bersedia lagi bang. So dia minta kita tolak lamaran pemuda tu. Apa pendapat abang?”
“Kita ikut tuan punya diri lah. Abang ikut je mana yang baik,lagipun anak kita tu masih nak belajar lagi.”
“Tu lah pasal bang. Jadi macam mana kita nak terangkan dengan family pemuda tu?”
“Nanti abang call En.Khalis dan cakap elok-elok dengan dia”
“Abang jangan kata anak kita tak nak pulak,takut dorang fikir yang bukan-bukan pulak Leha.”
“Ye,abang tahu. Sayang jangan risaulah”

Ahad,10.00am,Kolej Teknologi Darulnaim.

Solehah dan Sabariah sedang duduk di meja Port DDG. Sabariah asyik memandang sahabatnya itu.
“Hmmmn..apsal pandang ana macam tu?”
“Enti serius ke? Comfirmt?”
“Ye,lagipun ana buat keputusan ni selepas ana buat 3 kali solat istikharah. Ana langsung tak dapat sebarang petunjuk”
“Owh..bah ana hormati lah keputusan enti tu walaupun ana kurang bersetuju”
“Nape pulak tak bersetuju?”
“Sebab sahabat ana tu baik. Ana yakin dia boleh jadi suami yang baik untuk enti.”
“Takpe la,da bukan jodoh ana.”
Solehah teringat satu janji ALLAH dalam surah An-Nur yang bermaksud:
(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.(ayat 26)
Sedangkan dirinya adalah insan yang penuh dengan dosa,mana mungkin pemuda tersebut sesuai untuk dirinya yang hina itu. Dia mengeluh. Pemuda tersebut terlalu baik jika di bandingkan dengan dirinya.
“Ana tak leh nak kata ape la. Tu hak enti”
“Syukran Sabariah”
“For what?”
“Sebab carikan jodoh untuk ana”
“Nak buat apa kalau enti tolak juga”
“Ana ada sebab Sabariah. Ana harap enti memahami ana”
“Yela,enti kan sahabat ana. Takkan ana nak paksa pulak. Nanti ana terangkan kat dia”
“Syukran”
“Afwan”

Rumah Sewa Muadz,12.30am

Firdaus duduk di satu sudut sambil membaca mesej yang baru diterimanya. Dia mengeluh. Tapi dia cuba berfikiran positif.
“Takpe la,maybe takde jodoh. Lagipun siapa lah ana ni jika di bandingkan dengan dia.”
Muadz dari jauh melihat perubahan wajah sahabatnya itu. Dia menghampiri Firdaus.
“Why?”
“Eh,Muadz. Takde la”
“Ana tengok wajah enta sedih semacam je. Kongsilah dengan ana”
“Takde ape la. Ana nak study ni,esok ada test”
Firdaus berlalu meninggalkan Muadz. Terkebil-kebil mata Muadz melihat Firdaus berlalu.

Asrama Siswa,Bilik B4,1.00am

Yusuf Al-Khair berdoa dalam sujudnya.
Selepas memberi kedua salam dan berdoa dia pun duduk di atas katil. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia beristighfar.
“Ya ALLAH..ampuni dosa ku kerana telah menyimpan perasaan terhadap seseorang yang tidak halal bagi ku” Yusuf Al-Khair menangis. Dia rasa begitu berdosa kerana telah membelakangi cinta Illahi.
Dia telah menghampiri zina hati,tiba-tiba hatinya gentar. Dia teringat dalam surah Al-Isra’ ayat 32,ALLAH pernah berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Dia menangis lagi. Dia begitu takutkan azab ALLAH. Lantas dia berdoa:
“Ya ALLAH ya Tuhanku,seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dengan hatiku..seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku,luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan dan kemurkaanMu Ya ALLAH..amiin..”
Selepas itu dia pun terlena.


Khamis,Kolej Teknologi Darulnaim,11.30am

Solehah sedang duduk di meja Ustazah Mariyah. Hampir dikatakan setiap hari Solehah bertemu dengan Ustazah Mariyah untuk meminta nasihat dan bimbingan.
“Ukhti apa kabar?”
“Alhamdulillah,ana sihat. Ustazah?”
“Alhamdulillah,ustazah sihat. Macam mana dengan pelajaran sekarang?”
“Alhamdulillah,pointer ana meningkat sem ni. Ni berkat doa dari ustazah”
“Bukan,ni berkat dari pertolongan ALLAH dan usaha ukhti. Bukan dari ustazah”
“Hehehe..ye,betul juga.”
“Hati ukhti da sihat?”
“Alhamdulillah,da ok sikit-sikit”
“Tak leh sikit-sikit,kena banyak. Ingat ukhti,dalam usia ukhti sekarang ukhti kena fokus pada pelajaran dahulu. Cinta duniawi letak kat tepi dulu,tapi cinta kat ALLAH dan pelajaran letak kat hadapan.”
Solehah mengangguk-anggukkan kepala mendengar nasihat ustazah yang di hormatinya itu. Sejak kebelakangan ini Solehah begitu menjaga hubungannya dengan ALLAH,dia kalau boleh tidak mahu menyakiti hati Kekasih Hatinya itu. Cukuplah dosa-dosa yang dia telah lakukan sebelum ini sehingga menyebabkan DIA menjauhinya. Dalam perjalanan menuju ke surau,Solehah bertembung dengan Kak Mumtazah (Ketua Fasi bagi Solehah).
“Assalamualaikum ya ukhti,kaifa ha lu ki?”
“Waalaikumussalam,alhamdulillah..akak plak?”
“Sama juga. Ukhti nak ke mana ni?”
“Ana nak ke surau kak,nak rehatkan diri sekejap.”
“Macam mana sekarang? Ada gangguan hati lagi?”
“Alhamdulillah,sekarang ni hati ana hanya dapat tumpu pada Yang Satu sahaja. Begitu indahnya kan kak bila kita melabuhkan cinta pada ALLAH.”
“Ye sayang,memang indah. Akan lebih indah lagi sekiranya kita niatkan Dia dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Jika kita jaga hubungan dengan ALLAH,pasti ALLAH akan menjaga kita.”
“Betul tu akak. Doakanlah semoga hati ana sentiasa tetap untuk ALLAH”
“InsyaALLAH.”
“Akak,adakah ALLAH akan menerima cinta dan mengampuni dosa ana?”
“Ukhti,ALLAH pernah berfirman yang berbunyi: Katakanlah: ”Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH,ikutlah aku,nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. InsyaALLAH,DIA akan mengampuni dosa-dosa ukhti. Doa banyak-banyak dan selalu lah mendekatkan diri kepadaNYA. ”
“Hmmmn…” Solehah mengangukkan kepala.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
Beberapa bulan selepas itu..
Asrama Siswi,bilik B15,11.00am.

Solehah duduk termenung menghadap tingkap. Dia keseorangan di bilik pada waktu ini,tiba-tiba dia di kunjungi salah seorang adik usrahnya;Mariani.
“Assalamualaikum akak”
“Waalaikumussalam. Eh..Mar,jemput masuk”
“Terima kasih. Maaf ana nak tanya,akak busy tak time ni?”
“Alhamdulillah,buat masa ni tak lagi. Kenapa?”
“Ana nak jumpa akak,nak bercakap-cakap kosong gitu. Hehehe..”
“Owh..boleh bah..hehe”
“Hui nah,keluar Sabahnya..hahaha”
“Hehehe..puasa tak hari ni?”
“Hui nah,puasa bah kak. Kenapa? Mahu sediakan makanan ke? Boleh juga,ada ruang lagi dalam perut ni..hehehe”
“Aik! Lain macam je bunyi.”
“Takde la akak..gurau je..huhu”
“Hmmn..mesti ada something datang jumpa akak ni. Kan?”
“Eh,takde la. Ana saje datang jumpa akak. Kenapa,tak boleh ke? Kalau begitu ana balik je”
“Lor..merajuk ke? Aduh,akak tak cakap macam tu pun. Ape la Mar ni,akak alu-alukan kedatangan adik-adik usrah akak ke bilik ni”
“Hehe..ana tak merajuk la akak” senyum Mar menampakkan sebaris giginya yang putih. Tba-tiba handsetnya berbunyi. Selepas bercakap melalui telefon,Mar meminta izin untuk balik kerana ada urusan di biliknya.
“Lain kali kita borak akak. Maklumlah ana ni mengalahkan YB,busy je memanjang..hahaha”
“Ok,takpe. Kalau Mar nak borak dengan akak,datang je bilik ni ye.”
“Ok bah kak. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Tinggallah Solehah sendirian di bilik. Dia baring di atas katil sambil matanya memandang ke atas siling bilik. Tiba-tiba handsetnya berbunyi,1 mesej masuk. MUADZ.
Assalamualaikum,apa kabar? Dah lama tak nampak enti,sejak jadi seorang naqibah ni. Busy dengan usrah ke? Atau enti busy dengan pakwe baru?
“Astagfirullahalazim..sampai macam tu sekali fikiran dia” fikir Solehah. Dia kalau boleh tak mau memikirkan langsung mengenai lelaki tersebut lantas dia menekan butang DELETE,mesej tersebut pun takde.
“Ya ALLAH..bantu lah aku dalam usaha menggapai cinta dan keredhaanMu. Kuatkan hati dan semangat ku dalam menghadapi ujian daripadaMu..amiiin” Solehah teringat 1 mesej yang pernah di hantar oleh kak Mumtazah kepadanya suatu ketika dahulu.
Salam. Alhamdulillah. Adik2 perlukanmu ukhtiku utk sampaikan Islam pada mereka. Janganlah sedih. ALLAH bersamamu. ALLAH SANGAT MEMAHAMI DERITAMU bertarung & bermujahadah untuk dapatkan redha ALLAH. Sabar & kuatlah ukhtiku.
Solehah beristighfar. “Astagfirullahalazim..Ya ALLAH..ana kena kuat. Ana tak boleh kalah dengan godaan syaitan dan janji-janji manis lelaki.Banyak lagi komitmen yang perlu ana buat. Ummi,abi,adik-adik,sahabat-sahabat dan Islam perlukan ana. Ana kena kuat!” Solehah menyuntik kata-kata semangat ke dalam dirinya sendiri.