? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 10 Mei 2010

Allah Uji Tanda Kasihnya

Assalamualaikum..

Allah uji tanda kasihnya. Begitulah yg cuba ana tetapkan dalam hati, banyak masalah yg ana rasa ana xtahu nk kongsi dgn spe. Serabut kepala ni.

Tapi ana fikir secara logik. Allah syg ana sebab tu Dia bg ujian ni, Dia tahu ana boleh and kuat menghadapinya.

Kuatkan hati dan iman ku Ya Allah.

Selasa, 26 Januari 2010

Merindui mu kerana ALLAH...

Assalamualaikum.......

Wahai sahabatku..
kedatanganmu amat ku rasai..
kehilanganmu menyakitkan diriku..
sepanjang tempoh perkenalan..
aku tak penah merasai kehilangan seperti ini..

apa yg ku harapkan adlh..
doamu sentiasa mengiringiku..
dan nasihatmu akan sentiasa ku ingati..

doaku untukmu..
moga ALLAH sentiasa memberkatimu..
baik di dunia mahupun diakhirat...

Khamis, 21 Januari 2010

Saling Mencintai Kerana Allah

Dalam buku kecil yg bertajuk Inikah Ertinya Cinta hasil nukilan Puan Khairol Badriah Jaafar menyatakan bahawa cara utk mendapatkan hal tersebut adalah:

 Mendapatkan cinta Allah
-Rasulullah saw bersabda, Allah berfirman dalam hadis QudsiNya yg bermaksud “Aku mewajibkan kecintaanKu bagi org2 yg saling mencintai kerana Aku…”

 Mendapatkan kemuliaan dari Allah
-Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
”Tidaklah seorang hamba mencintai hamba yg lain kecuali Allah akan memuliakan hamba tersebut”.

Hadis Riwayat Imam Ahmad

 Mendapatkan perlindungan Allah
-Dari Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
“Ada tujuh golongan yg mendapatkan perlindungan Allah (di hari pembalasan),yakni imam yg adil, pemuda yg selalu beribadah kpd Allah, laki-laki yg hatinya selalu terikat di masjid, dua org yg saling mencintai serta bertemu dan berpisah keranaNya, laki-laki yg di ajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan lagi cantik tetapi dia menolak dan berkata ‘saya takut kepada Allah’, orang yg bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya dan orang yg selalu berzikir diwaktu bersendirian sehingga mengalir air mata”.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

 Mendapatkan kenikmatan iman
-Dari Abi Hurairah ia berkata Rasulullah saw yg bermaksud:
“Barangsiapa yg senang mendapatkan kenikmatan iman maka hendaklah ia mencintai seseorang kerana Allah”.

 Kesempurnaan iman
-Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
“Barangsiapa mencintai saudaranya kerana Allah, membencinya juga kerana Allah, memberi dan melarang kerana Allah, maka sungguh telah sempurna imannya”.

Hadis Riwayat Abu Daud

Selasa, 19 Januari 2010

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 8)

Sabtu,Asrama Siswi,8.30am

Keadaan bilik B15 sunyi sahaja, semua penghuni didalamnya terus terlena sesudah mengerjakan solat subuh tadi. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar. Kak Siti terjaga lalu segera membuka pintu. Aisyah berdiri dihadapan pintu sambil tersenyum, Kak Siti membalas senyuman tersebut sambil mempersilakan Aisyah masuk.

“Assalamualaikum akak, opppss..maaflah sebab ana datang pada masa yang tak sesuai. Tapi ana nak jumpa Solehah” bagitau Aisyah sambil melihat sekeliling bilik tersebut.

“Waalaikumussalam, owh..hmmmn..penting sangat ke? Kalau ya, akak boleh kejutkan dia.”

“Tak sampai hati plak. Takpe la akak, kalau dia da bangun nanti suruh dia call ana ye”

“Ok”

“Maaf ganggu. Assalamualaikum”

“ Takpe, waalaikumussalam ”

Kak Siti hanya memperhatikan Aisyah keluar dari bilik kemudian dia duduk diatas katilnya kembali sambil merenung dinding bilik tersebut. Itulah Kak Siti, antara senior yang ditempatkan didalam bilik tersebut selain Solehah. Kegemarannya adalah termenung dan merenung.

Hampir 3 tahun Solehah duduk belajar disini. Dan sepanjang berada disini, banyak pengalaman yg dia perolehi. Sem ini, ALLAH uji lagi Solehah dgn masalah hati. Dalam erti kata lain, dia jatuh cinta lagi. Tu pun bukan dgn org lain ttapi dgn sahabatnya sendiri…Mujahid.

Saban hari boleh dikatakan handset Solehah asyik berbunyi je, busy dgn mesej yg masuk. Dan setiap kali mesej masuk tu la Solehah akan tersenyum membaca mesej kat dlm tu. Apa yg tertulis pun tak tahu la. Dan keadaan ini di sedari oleh sahabatnya, Sabariah.

“Leha, maafkan ana. Boleh ana tanya sesuatu?”

“Erm, boleh”

“Err.. Leha tengah main mesej dengan sape? Ana tengok sejak kebelakangan ini Leha busy je dengan nset tu.”

“Dengan kawan. Awat? Jeles ke? hehehe”

“Ish..manada, ana nak jeles buat pe plak. Ana juz nak tahu je. Tu pun salah ke?”

“Takde la salah, ala ana mesej dengan sahabat ana ni je ha. Sabariah janganlah fikir bukan-bukan plak”

“Hmmmn..betul ke sahabat je?”

“Yela. Apsal?”

“Takde apa-apa”

“Jangan risau la, ana takkan lupakan enti gak. Lagipun anti kan sahabat terbaik ana”

“Leha, ana harap Leha jangan terasa tau kalau ana cakap ni”

“Ok, pe dia?”

“Ana rasa baik enti stop main mesej dengan Mujahid tu. Ana bukan pe, ana takut timbul fitnah plak nanti baik kat hati enti mahupun hati Mujahid”

“Ala rileks la Sabariah, lagipun ana and dia juz sahabat je. Tak lebih dari tu”

“Betul ke enti boleh kawal hati enti dari menyimpan perasaan kat dia?”

“Aik! Apa yg Sabariah cuba katakan ni?”

“Hmmn..Leha da cukup matang da tuk memahami apa yg ana cuba sampaikan ni”

“Ok..enti cuba nak katakan bahawa ana ada hati kat dia? Aiyo..hehehe..pe kena dengan enti ni. Takkan la ana nak jatuh hati kat sahabat sendiri plak. Lagipun ana juz anggap dia tu sebagai kawan je, tak lebih dari tu”

“Memang enti boleh kata cmtu. Tapi dia cmne? Enti tahu ke apa yang tersirat kat hati dia tu?”

“Hmmn..apa yang cuba Sabariah katakan ni?”

“Maafkan ana. Ana tak patut kat camtu, tapi…..”

“Tak pe la, ana faham maksud enti”. Solehah terus berlalu meninggalkan sahabatnya itu.

Dekat 8 bulan Solehah dan Mujahid bersahabat, dia kini dapat merasa sesuatu yg agak aneh berlaku dlm hatinya. Jatuh cinta. Ya..tu la yg kini dirasai dlm hatinya. Dia sekali lagi telah jatuh hati kat seseorg yg tak halal baginya. Dan lebih teruk lagi, dia jatuh cinta pd sahabatnya sendiri ; Mujahid.

Dia buntu. Dia tak tahu nak buat cmne. Dia cuba tuk stop drpd berhubung dgn Mujahid tetapi ianya hanya akan bertahan selama beberapa jam sahaja dan kemudian dia akan menghantar mesej kepada Mujahid. Adakah Solehah telah di lamun cinta? Wallahu ‘alam.

Dekat 5 bulan keadaan tersebut berlaku, Solehah mula sedar. Dia tak boleh menyimpan perasaan tersebut pd seseorang yg tak halal bg dirinya, lantas petang itu dia menghantar mesej pd Mujahid. Kali ini dia betul2 nekad hendak memutuskan tali persahabatan mereka kerana persahabatan tersebut tidak lagi sesuci seperti dulu tetapi telah dicemari dgn perkara2 yg tak patut iaitu cinta.

Kampus UIA, dewan kuliah

Mujahid terkejut membaca mesej tersebut. Dia tertanya2 kenapa Solehah menghantar mesej tersebut, sedangkan pd ketika ini dia masih lagi ingin berkawan dgn Solehah @pun dlm erti kata lain dia telah jatuh hati pd gadis kelahiran Terengganu itu. Dia terus mendail no telefon Solehah, tetapi hampa kerana panggilan tersebut tidak diangkat.

Mujahid tak sedap duduk. Dia masih tertanya2 kenapa Solehah nak memutuskan tali persahabatan mereka. Tiba2 terlintas difikirannya utk meluahkan perasaan kepada Solehah tetapi keinginan tersebut terpaksa di tahan kerana tak ingin Solehah marah. Tapi apa yg harus dia lakukan? Takde sape yg boleh jawab.
......................................................................................

Kolej Teknologi Darulnaim, dewan al-Thaqafi

Sabariah duduk memandang gelagat pelajar2 yg berada di situ. Dlm hati dia memanjatkan rasa syukur sgt kerana ALLAH telah menempatkan dirinya disini. Dimana hubungan antara lelaki n perempuan terjaga tanpa ada isu2 couple berlaku. Alhamdulillah sgt2.

Dlm pada termenung itu, tiba2 terlintas di fikirannya mengenai Baitul Muslim. Dia mengeluh. Solehah dari jauh perasan akan perubahan wajah sahabatnya itu, lantas dia menghampiri Sabariah.

“Assalamualaikum ya ukhti, limadza?”

“Waalaikumussalam, oo..Solehah,terkejut ana. Nape apenya? ”

“Enti kenapa? Ana tgk macam ada masalah je, kongsilah dgn ana”

“Erm..ana takde masalah pun”

“Yakah? Ana tgk mcm enti ada mslh je. Mengeluh semacam. Kenapa?”

“Takde pe2 la Leha..hehehe..jgn risau.”

“Betul ke? Enti ni, dgn ana pun nak berselindung”

“Betul la, takde pe2..k..jgn risau. Jom masuk kelas, jap lagi Cik Yati masuk”

“Ok”

Bersambung……