Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah,bersyukur ana ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan inayahNya, ana diberi kekuatan untuk berblog di 'Gerakan Dakwah Ukhti Muslimah'ini. Ana sengaja memilih 'Gerakan Dakwah Ukhti Muslimah' sebagai nama blog ini kerana sepanjang perjalanan hidup ini, ana telah melalui pelbagai ujian, rintangan dan kesukaran samada kecil mahupun besar dalam menjalankan misi dakwah. Dan ana harap dengan lahirnya blog ini dapatlah memudahkan ana untuk berdakwah.
Dalam lukisan kanvas kehidupan seseorang insan itu, pasti tercalit sedikit ketidaksempurnaan dalam campuran warnanya. Oleh itu, di blog 'Gerakan Dakwah Ukhti Muslimah'ini ana ingin mengajak diri ana sendiri dan antum semua untuk sama-sama menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam rangka mencapai Mardhatillah.
Ingatlah wahai sahabat,gunakanlah masa yang ada ini untuk memperbetul dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa hambaNya yang benar-benar bertaubat.. Ana minta maaf kiranya blog ana ini terdapat banyak kekurangan,kerana ini adalah blog pertama ana.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu dibawah ini agar terdetik rasa insaf dihati dan berazam untuk mengubah perjalanan hidup kita sebelum ini......
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah…..
Taubatku ini…..
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah…
Taubatku ini…
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah….
Taubatku ini…
Ahad, 5 Julai 2009
AHLAN WA SAHLAN, WA MARHABAN BIKUM
Ad-Deen An-Nasihah
Sesungguhnya Agama itu nasihat..sesiapa yang berpegang teguh dengan deen Islam insya Allah dirinya akan sentiasa di pimpin Allah menuju kebaikan..
Dipenakan oleh Mujahidah Sabariah pada 4:29 PTG 0 ulasan
Label: tazkirah buat diri
Langgan:
Catatan (Atom)