Hmmn..ana sambung ye..Berhenti kat mana semalam..? Owh..pasal Solehah terkena kejutan budaya tu ye.
Dengan ketentuan ALLAH,Solehah mendapat 1 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang siswi dan 2 orang siswa. Awal perkenalan diantara mereka,tidak berlaku sedikit kemesraan di kalangan mereka maybe masing-masing ada sifat malu dan segan,maklumlah ini adalah kali pertama Solehah membuat assignment bersama lelaki. Secara tiba-tiba...
"Hmmn..sape nama anti berdua ni dan berasal dari mana?" Tanya Muadz,salah seorang rakan sekumpulan Solehah.
"Nama ana Aisya Humaira dan ana berasal dari sini Kelantan. Dan ini sahabat ana nama dia Solehah berasal dari negeri Terengganu" Jawab Aisya Humaira,sahabat dan juga ahli kumpulan Solehah.
"Owh..hmmn..nama ana Muadz dan ini sepupu ana Aiman. Kami berdua ni berasal dari negeri Perlis" Jawab Muadz memperkenalkan diri dan sahabatnya.
"I see,hmmn..ana harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik" Kata Aisya Humaira.
"Ana lihat dari tadi Solehah asyik senyap je. Tak suka dengan pembahagian kumpulan ni ke? Muadz menduga.
"Eh,takde la.Hehe..ana tak tau nak cakap pe. Maaf ye" Jawab Solehah.
Itu lah suara pertama yang Muadz dengar dari mulut Solehah,dari seorang gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya bermula dari minggu orientasi dahulu.Hatinya begitu gembira sekali kerana dia dan Solehah di tempatkan dalam satu kumpulan dan course yang sama. Solehah merupakan wanita yang pertama berjaya mengetuk pintu hati Muadz kembali selepas Muadz di kecewakan oleh kekasih lamanya dulu. Bagi Muadz,Solehah adalah satu sinar yang telah di kirimkan ALLAH untuk menerangi kegelapan dan kesunyian dalam dirinya. Sebelum bersurai daripada kelas,Muadz telah mengambil kesempatan untuk meminta nombor telefon Solehah tetapi dengan menggunakan alasan bagi memudahkan perbincangan ataupun berkongsi bahan rujukan untuk assignment mereka itu.
“Solehah kalau boleh ana nak kita semua ni saling bertukar-tukar nombor telefon.Yela,senang sikit nak kita bercontactkan.Cepat sikit assignment kita siap” kata Muadz kepada Solehah.
“Hmmnn..betul juga tu Adz. Ana sokong,sekurang-kurangnya kita takde la jumpa selalu dengan mereka kan.Dapat elakkan fitnah orang” sokong Aiman.
Terdengar sahaja kata-kata dari Aiman tadi,Muadz jadi tak keruan.
“Ana takkan jumpa dia selalu….hmmmn,susah ni ” Muadz bermonolog sendiri.
“Betul tu,ok ni no telefon ana” kata Aisya sambil tangannya mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu di atas sehelai kertas kemudian mengedarkannya kepada yang lain.
Sebaik sahaja helaian kertas tu sampai di tangan Muadz,dia terus menyimpan nombor telefon Solehah ke dalam handsetnya. Dengan hati yang berbunga-bunga,Muadz pun keluar dari bilik kuliah dan terus balik ke asrama.
“Ana akan mencuri hati mu wahai Solehah” Muadz berkata sendirian sambil tersenyum.
Asrama Siswi,bilik A16,11.oopm.
Solehah yang sedang baring di atas katil sambil membaca nota Psikologi tiba-tiba di kejutkan dengan bunyi mesej.
“Aik! Sape plak hantar mesej ni” kata Solehah sambil jarinya menekan keypad telefon bimbitnya.
“M U A D Z.. Owh..ada apa plak mamat ni hantar mesej malam-malam ni” bisik Solehah.
“Assalamualaikum Solehah,da tdo ke? Duk wat pe la ni? Hmmn..ana sebenarnya nak berkawan dengan enti,dengan kata yang lebih mudah lagi,ana nak jadi sahabat enti. Boleh ke?”
“Nak jadi sahabat ana? Kenapa plak tiba-tiba ni..? Takpe la,sahabat je ” Solehah berkata sendiri.
“Waalaikumussalam..ana xtdo lagi,ni tengah duk study Psikologi. Kalau nak jadi sahabat ana tu boleh juga. Tapi jangan melebih-lebih plak” Balas Solehah.
“Ok” Jawab Muadz dengan hati yang girang.
Bermula daripada malam tu,akhirnya Solehah dan Muadz pun menjadi sahabat baik. Tetapi Muadz tetap tidak berpuas hati kerana jauh di sudut hatinya dia ingin Solehah menjadi suri di dalam hatinya,setiap kehendak dan keinginan Solehah dia akan cuba untuk penuhi walaupun Solehah tidak pernah meminta pada Muadz. Bagi Muadz,dia akan cuba membahagiakan Solehah walaupun Solehah langsung tidak menunjukkan apa-apa perasaan pun pada dirinya kerana padanya hati Solehah akan cair juga cuma menunggu sedikit masa sahaja. Satu malam Muadz menelefon Solehah..
“Assalamualaikum” kata Muadz.
“Waalaikumussalam” balas Solehah.
“Duk buat pe?” Tanya Muadz dengan perasaan di hati agak berdebar-debar,kerana malam ni Muadz bertekad juga untuk meluahkan perasaannya pada Solehah. Andai Solehah menolak,dia akan berhenti daripada kolej tu dan memohon untuk masuk ke kolej lain,itulah kata putus yang di buat oleh Muadz.
“Ana tidak buat apa-apa. Ada apa tiba-tiba call ni? Muadz ada masalah ke?” Solehah bertanya,tetapi entah kenapa hatinya tiba-tiba berdebar kencang. Seolah-olah ada satu perasaan yang timbul di hatinya apabila mendengar suara lelaki yang dikatakan sahabatnya itu. Dia tersenyum sendiri.
“Er..sebenarnya ana..errrr..nak cakap macamana ye..? Ana susah nak cakap. Hmmmn..malu pun ada” Muadz membalas.
“Malu? Eh,pasal pe plak? ” degupan jantung Solehah semakin kencang,seolah-olah dia dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Muadz.
“Ana sebenarnya da jatuh hati kat seseorang. Tetapi ana tak tahu nak luahkan macammana kat dia” Muadz cuba berkias.
“Laa..yakah? Waaa..siapa perempuan bertuah tu?” Tanya Solehah dengan perasaan yang kecewa sekali. Memang dia menyimpan perasaan pada Muadz,cuma dia malu untuk menyatakan. Kini lelaki yang telah berthakta dihatinya itu rupa-rupanya ada menyimpan perasaan pada orang lain. Tiba-tiba hatinya terasa sebak.
“Seseorang yang ana kenal rapat. Hehehe..aduh,macammana ya nak terang kat enti ni. Enti jangan marah tau,dan ana harap enti jangan benci kat ana.” Kata Muadz.
“Nak marah kat enta pasal apa plak? Ana takkan marahlah kalau takde sebab. Kenapa,ana kenal ke perempuan tu?” Tanya Solehah. Difikirannya sekarang adalah Aisya Humaira,sahabatnya yang seorang tu.
“Yup. Enti kenal dengan dia. Hehehe.. Enti rasa macammana? ” Tanya Muadz.
“Bagi ana,ana tak kisah kalau Aisya berkenan. Itu hak dia.” Jawab Solehah,sambil menahan rasa sedihnya.
“Aik! Apa kaitan dengan Aisya plak?” Muadz semakin hairan.
“Bukankah Muadz da jatuh hati kat Aisya,so ana tak leh kata apa la. Kalau Aisya berkenan dengan Muadz,ana ok je.” Jawab Solehah.
“Aduh,enti tak faham lagi la ni. Letih ana bercakap dari tadi. Hmmnn… ” Muadz kecewa kerana dia menyangka Solehah telah dapat menangkap apa yang dia cuba katakan tadi.
“Salah ke? Maaf. Ana tak tahu. Dah tu enta da jatuh hati kat sape?” Solehah bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
“Ana da jatuh hati kat…..”
“Kat sape?” desak Solehah.
“Kat……”
“Eih..kat sape???” bentak Solehah.
“Aik! Enti marah ke?” Muadz terkejut dengan perubahan Solehah.
“Ana tak marah,tapi geram tau tak. Cakaplah sape?”
“Geram pasal apa?” Muadz pura-pura bertanya tapi jauh di sudut hatinya dia tahu bahawa Solehah juga tengah menyimpan perasaan pada dirinya,dia dapat membayangkan bagaimana rupa Solehah pada masa ini. “Mesti cute” Desis hatinya.
“Takde la. Kalau enta tak nak bagitahu,ana letak fon ni.” Geram Solehah dengan persoalan Muadz sebentar tadi.
“Owh..ok-ok. Hmmn..Leha jangan marah ye. Ini ikhlas dari hati ana,ana da jatuh hati kat enti. Dari awal perkenalan lagi ana memang da menyimpan hasrat untuk menjadikan enti sebagai suri didalam hati ana” Luah Muadz.
Solehah senyap. Dia tergaman. Dia seolah-olah tidak percaya mengenai apa yang dia dengar sebentar tadi. “Muadz jatuh hati kat ana?” hatinya bertanya. Tiba-tiba sahaja dia berasa satu kelainan didalam hatinya. Gembira. Ya,itulah yang dia harapkan dari tadi.
“Solehah? Enti ok ke?” Tanya Muadz. Dia jadi risau. Tiba-tiba matanya berair.
“Hello?” tiada jawapan.
“Solehah,jangan buat ana takut. Jawablah. Please…” Muadz tidak dapat mengawal lagi air matanya. Dia begitu menyayangi gadis kelahiran Terengganu itu. Tiba-tiba…
“Muadz,terima kasih sebab da jatuh hati kat ana. Ana pun sebenarnya da menyimpan perasaan yang sama pada enta sejak awal persahabatan kita lagi,tapi ana malu nak menyatakannya. Tapi malam ni ana terkejut kerana ana tak menyangka bahawa enta juga ada menyimpan perasaan yang sama pada ana. Terima kasih banyak ” Jawab Solehah dengan linangan airmata.
“Maksudnya enti terima cinta ana?” Tanya Muadz seolah-olah tidak dapat mempercayai apa yang di dengarnya tadi. Gembira,itulah perasaan yang dia rasa ketika ini. Air matanya tadi cepat-cepat di lap bagi mengelakkan Solehah terdengar.
“Ye” jawab Solehah sambil tersenyum.
“Aaaa..Alhamdulillah. terima kasih banyak Solehah. Ana benar-benar cintakan enti setulus hati ana.” Muadz menjerit kegembiraan hinggakan Aiman yang berada di katil bawah terkejut.
“Ana pun sama. Ok la,ana nak tidur ni. Esok ada kelas Psikologi. Selamat malam dan assalamualaikum”
“Ok. Selamat malam sayang,waalaikumussalam” jawab Muadz dengan hati yang berbunga-bunga.
Malam itu Solehah payah nak tidur. Mengiring ke sebelah kanan,terbayang wajah Muadz,sebelah kiri pun sama juga. Solehah tersenyum sendiri.
”Alahai..indahnya” hatinya berbisik.
Selama 7 bulan percintaan mereka,Solehah berubah hampir 100%. Dengan kawan-kawan lain pun dia tak nak bertegur,apa yang ada di hatinya sekarang adalah Muadz,Muadz dan Muadz. Setiap hari yang dilalui Solehah terasa begitu indah hinggakan pelajarannya terabai,dan ini disedari oleh P.A (Penasihat Akademik)nya,Cik Syuhada.
“Ana lihat keputusan enti semakin hari semakin teruk,apa yang telah terjadi pada enti ni Solehah? Enti tak study ke?” Tanya Cik Syuhada pada Solehah selepas kelas Perniagaan selesai.
“Err..ana study,tapi entah lah nape lecture tu ajar macam lain je. Bukan macam sebelum ni.” Solehah cuba berdalih. Tetapi hakikatnya dia sendiri tahu bahawa sejak dia bercinta dengan Muadz,dia tidak pernah menatap atau membuat sebarang nota pun. Apa yang selalu dia buat adalah main mesej dan keluar berjalan bersama dengan Muadz.
“Lain macammana? Ana tengok rakan-rakan enti yang lain,pointer semakin meningkat je” balas Cik Syuhada.
“Dorang memang terror cik. Hmmmn..ana ni memang lambat nak tangkap apa yang lecture ajar.” Solehah cuba untuk membela dirinya.
“Tak pe la,apapun enti kena tingkatkan pointer enti sem ini. Boleh?”
“InsyaALLAH cik,ana akan usahakan” ucap Solehah.
Selepas berjumpa dengan Cik Syuhada,Solehah terus menghubungi Muadz.
“Assalamaualaikum..abang kat mana?”
“Waalaikumussalam..dalam bilik”
“Tak pergi kelas ke?”
“Malaslah,abang penat ni. Ayang je la pergi,salin nota dan nanti bagi abang ,ok?”
“Apalah abang ni,asyik-asyik ayang je yang kena salin nota untuk abang. Tak malu ke? Abang tu lelaki,takkan nak harap dengan perempuan pula!” Solehah membalas kata-kata Muadz dengan kasar sekali. Tak pernah dia bercakap sekasar itu dengan Muadz sepanjang menjadi teman wanita Muadz.
“Hoi, betina!!! Mulut hang baik-baik sikit ya! Lempang kang!”
Talian diputuskan. Solehah termangu. Ini kali kedua Muadz bercakap kasar dengan dia selepas peristiwa Solehah tidak mengikut kehendak Muadz untuk memegang tangannya. Kejadian ini berlaku pada petang Rabu di pusat membeli-belah yang terkenal di Kelantan,KB Mall. (nak promosi KB Mall plak..hehehe)
“Ala,pegang tangan je sayang. Abang bukan nak buat apa pun,lagipun abang akan khawin dengan ayang gak. Jangan lah malu-malu. Mari.” Desak Muadz. Keinginannya untuk menyentuh jari mulus Solehah begitu meluap-luap.
“Ish..apa lah abang ni. Tak elok la macam tu,kita tak halal lagi. Mana boleh bersentuh-sentuhan. Tunggu kita dah jadi suami isteri la baru abang boleh sentuh ayang.” Solehah cuba berdalih.
“Lambatlah sayang,marilah. Jangan risau,takde sapa yang nampak. Lagipun takde sapa gak yang kenal kita.” Muadz berusaha memujuk Solehah sambil tangannya cuba memaut jari Solehah. Tapi Solehah cepat-cepat menyembunyikan tangannya didalam poket seluarnya.
Khamis, 13 Ogos 2009
Mendamba Tarbiyah (Bahagian 2)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan