Assalamualaikum....hari ni ana nak bagi sedikit pengetahuan kepada antum semua mengenai apa maksudnya salam..dimana ana memperolehi maklumat ini didalam buku yang ana baca iaitu "Inikah Ertinya Cinta" yang ditulis oleh Puan Khairul Badriah Jaafar..
Pengertian Pertama:
-Ucapan salam bermaksud cinta kasih. Bila menyambut saudara Muslim tunjukkan wajah cerah dan bahagia. Hulurkan tangan dengan penuh rasa kasih sayang. Buangkan segala rintangan diantara antum berdua yang dilakukan oleh syaitan terkutuk. Ikatkan kedua hati antum dengan ikatan kasih sayang. Lebih utama bila antum iringi ucapan salam itu dengan menyatakan bahawa antum mengasihinya dan dia menjawab "semoga ALLAH mencintaimu yang keranaNYA antum mencintai ana".
-Benarlah bahawa ucapan salam adalah duta kasih sayang diantara orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH. Jadi, jangan antum ucapkan salam dengan hampa, dingin dan tidak bersemangat. Bukankah ucapan salam membawa erti memohon dicurahkan rahmat dan berkat kepadanya daripada ALLAH. Maka janganlah memandang remeh ucapan salam yang diucapkan.
Pengertian Kedua:
-Ucapan salam bermaksud memberi salam kepada saudara antum pada awal pertemuan. Hal ini membuat dia merasa aman dan tenang kerana antum berada bersamanya hanyalah untuk menyenangkan dan membahagiakannnya. Dengan salam antum menjelaskan kepadanya bahawa antum benar-benar tidak akan menyakiti dan membahayakannya. Menyampaikan salam atau kedamaian kepadanya pada awal pertemuan bereti tidak berdusta, berbuat jahat, bermusuh, mengumpat, mencaci, buruk sangka, menghina dan tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitinya.
Pengertian Ketiga:
-Salam juga memberi maksud memberi banyak keberkatan dan kebaikan kepada saudara antum daripada ALLAH. Ucapan ini memberi jaminan agar tidak berbicara kepadanya kecuali yang baik dan tidak membicarakan hal orang lain kecuali yang baik. Inilah jalan menuju kasih cinta kerana ALLAH.
"Barangsiapa yang dicintai oleh ALLAH maka ALLAH akan melimpahkan rezeki kepadanya berupa perasaan cinta, taat, zikir dan khidmat kepadaNYA"
Wassalam...itu je untuk hari ini..
Khamis, 29 Oktober 2009
Sebarkanlah Salam......
Dipenakan oleh Mujahidah Sabariah pada 11:58 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan