? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 19 Ogos 2009

Mendamba Tarbiyah (Bahagian 4)




Seminggu Kemudian..

Kolej Teknologi Darulnaim,bilik kuliah DKA,5.30pm

Solehah cuba untuk melupakan Muadz. Tetapi setiap kali dia cuba berbuat sedemikian rupa,bayangan Muadz pasti akan menghantui dirinya sehinggakan pernah terlintas dihatinya untuk menemui Muadz dan merayu untuk bersama kembali. Tetapi setiap kali Solehah cuba berbuat demikian,pasti bayangan Kak Zah dan Kak Mariyah muncul.
“Ayang rindukan abang” tiba-tiba terpacul ayat itu dari mulutnya,tetapi cepat-cepat Solehah beristighfar.
“Astagfirullahalazim,apa yang ana kata ni” Solehah memarahi dirinya. Dia kalau boleh tak nak berfikir langsung mengenai Muadz,dan dia ingin membuang Muadz jauh dari fikirannya. Tetapi Solehah insan biasa,tidak terlepas dari godaan syaitan durjana. Petang itu,dia menghantar mesej kepada Muadz.
“Assalamualaikum abang,ayang rindukan abang. Kalau abang tak cintakan ayang,bagilah ayang yang cintakan abang. Ayang betul-betul tak leh lupakan abang. Tolonglah abang. Ayang merayu…”
Solehah terus menghantar mesej tersebut sambil air matanya mengalir. Dia berharap sangat agar Muadz sudi menerimanya kembali. Dia sanggup melakukan apa sahaja agar Muadz kembali kepadanya.

Sebaik mendengar bunyi mesej masuk,Muadz terus mencapai telefon bimbitnya dan membaca mesej tersebut.
“Haaa..tahu pun. Berlagak nak mampus,ingat diri tu lawa dan baik sangat ke. Eih..nak balas apa ye..hmmmn “ Muadz bercakap sendirian sambil tangannya lincah menaip sesuatu.
“Waalaikumussalam,hang ni tak reti bahasa ke?? Aku dah tak nak dengan kau lah! Pergilah cari lelaki lain,lelaki yang boleh menjaga maruah diri kau tu! Aku dah ada makwe baru dan bakal jadi calon isteri aku. Faham tak???”
Mesej dihantar.
Solehah menangis membaca mesej tersebut. Dia menaip lagi.
“Tapi abang dah janji akan bersama dengan ayang untuk selama-lamanya,kenapa nak mungkiri pulak..? Jangan nak jadi munafik pulak. Tolonglah abang..jangan tinggalkan ayang. Ayang tak boleh hidup tanpa abang. Tolonglah!!!!!!”
Muadz membalas mesej Solehah dengan perasaan geram sekali. Jika Solehah berada di depannya sekarang,pasti gadis tersebut dilempangnya.
“Kau ni tak sedar diri lah! Eih betina! Aku tak nak dengan kau lah! Kau tak faham ke??? Aku langsung da takde apa-apa perasaan dengan kau lagi. So please..don’t disturb me ok!

Mesej tersebut dihantar,kemudian cepat-cepat Muadz mematikan telefonnya. Dia benar-benar tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi dengan Solehah. Dia telah membuang perasaan tersebut ketika Solehah tidak mengikut kehendak hatinya tempoh hari. Dalam erti kata lain,dia begitu benci dengan Solehah (Kalau difikirkan balik,macam tak logik pulak alasan Muadz tu..hmmmn..lelaki..waktu tak dapat,terhegeh-hegeh sangat. Bila da dapat,biar macam tu je..). Selepas melihat mesejnya tidak berbalas,Solehah terus mendail nombor telefon Muadz,tetapi hampa. Lelaki tersebut telah mematikan telefonnya.
“Sampai hati abang” rintih Solehah. Dia tak dapat menahan lagi air matanya,dia terus menangis teresak-esak dan ini di sedari oleh salah seorang sahabatnya,Sabariah yang berasal dari Sabah.
“Assalamualaikum ya sohabati,limadza? Tanya Sabariah sambil memaut bahu sahabatnya itu,dia tahu bahawa sahabatnya itu sedang berada dalam kesusahan.
“Waalaikumussalam. Eh,Sabariah. Bantu ana Sabariah. Muadz tak nak dengan ana da,apa yang patut ana lakukan? Ana begitu mencintai dan menyayangi dirinya.” Solehah memberitahu sahabatnya itu sambil menangis.
“Hmmmn..masalah dengan Muadz la ni ye. Ya sohabati,ada ramai lagi lelaki yang baik-baik di luar sana. Lelaki yang menjaga sahsiah dan tutur katanya. Kenapa enti masih mendambakan lelaki seperti Muadz? Bukan ana nak marah enti,tapi terus terang ana katakan ana tak berapa suka enti bersama dengan Muadz. Dia tak sesuai untuk enti. Memang tak dapat di nafikan bahawa setiap insan yang bergelar wanita didunia ini meginginkan kasih sayang daripada seorang lelaki,tapi kita kena fikir adakah layak insan itu mendapat kasih sayang daripada kita? Layak jika dia halal bagi kita. Tapi dalam kes enti ni,Muadz tak layak mendapat kasih sayang yang telus daripada enti. Sebab apa? Sebab dia tak menghargai langsung kasih sayang enti tu. ” kata Sabariah.
Solehah terkedu seketika. Dia betul-betul terasa bahawa ada kebenarannya kata-kata Sabariah itu,dia beristighfar. Begitu bodoh dirinya kerana memberikan kasih sayangnya kepada Muadz.
“Enti ok ke? Ana bukan nak marah enti,tapi ana tak suka enti begitu berlebih-lebihan dalam hal mencintai Muadz. Dia tak layak,Solehah. Percayalah. Ada lelaki yang jauh lebih baik dari dia yang menantikan enti. Apa yang penting sekarang,enti labuhkan cinta enti tu pada Yang Maha Esa. DIA yang lebih layak. Pasal jodoh tu enti jangan risau,insyaALLAH,DIA akan bagi yang terbaik untuk enti” tambah Sabariah lagi.
“Ana tahu tu Sabariah. Tapi entah kenapa hati ana ni asyik memikirkan dia je,ana da cuba buang perasaan tu tapi tetap tak leh gak. Hmmmn..” Solehah tertunduk malu.
“Enti boleh. Percayalah cakap ana.” Pujuk Sabariah sambil memegang erat bahu sahabatnya itu.
“Sabariah,ada tak lelaki soleh yang mendambakan ana?” Tanya Solehah. Sabariah memandang wajah redup sahabatnya itu sambil tersenyum.
“InsyaALLAH Solehah. Yakinlah dengan ketentuan ALLAH,sesungguhnya lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. Yang penting kita jaga hubungan kita dengan ALLAH.” Jawab Sabariah.
“Ana baik ke?” Tanya Solehah lagi.
“Enti lah sahabat terbaik ana” jawab Sabariah.
“Betul ke?” Solehah meminta kepastian.
“Ya sohabati,tiada manusia di dunia ini yang terlepas dari membuat kesalahan,kita bukan dari kalangan Nabi yang memiliki sifat maksum. Tapi kalau kita ikhlas berubah dan bertaubat kerana ALLAH,insyaALLAH diri kita umpama kain yang putih bersih tanpa pernah melakukan dosa.” Sabariah menambah lagi cuba meyakinkan sahabatnya itu.
Petang itu Solehah berasa sangat tenteram dan bahagia kerana mendapat satu nasihat yang begitu bermakna dalam hidupnya,dia bertekad untuk melupakan Muadz. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Dia yakin dia akan mendapat jodoh yang lebih baik dari Muadz. Tanpa di sedari,ada seseorang yang asyik memandang dirinya dan sahabatnya itu dari tadi.

“Alangkah bahagianya lelaki yang pernah memilki kasih dan cinta darimu Solehah. Ana berharap sangat agar dapat menjadi pendamping hidup mu untuk selama-lamanya,fid duniya wal akhirah. Ana tahu enti telah tersasar sedikit,dan kalau ALLAH izin,ana ingin menjadi pembimbing enti. ” lelaki itu berbisik sendirian lalu meninggalkan bilik kuliah tersebut.
Dia telah menyimpan perasaan pada Solehah ketika masih berada di tingkatan 4 lagi. Dia begitu bangga melihat kepimpinan Solehah dalam mengendalikan sesuatu program halaqat bersama adik-adik dan para sahabat. Selain itu sifat lemah lembut,sopan-santun dan berbudi pekerti Solehah lah yang membuat dia jatuh hati. Tapi dia tidak akan sesekali meluahkan perasaan cintanya itu kepada Solehah,kerana kalau boleh dia ingin terus menyunting Solehah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya nanti. InsyaALLAH.




Mesti nak tahukan siapa lelaki tersebut..nanti lah ana sambung lagi….nak bagi suspen dulu..hehehe

0 ulasan: